Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Abang Jo Beri Diskaun Hingga 25 Peratus Bil Elektrik Selama 6 Bulan Buat Rakyat Sarawak


Diskaun 5 hingga 25 peratus

Abang Jo Beri Diskaun Hingga 25 Peratus Bil Elektrik Selama 6 Bulan Buat Rakyat Sarawak. Kerajaan Sarawak bersetuju untuk melanjutkan diskaun bil elektrik menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sebanyak lima hingga 25 peratus selama enam bulan.

Abang Jo Beri Diskaun Hingga 25 Peratus Bil Elektrik Selama 6 Bulan Buat Rakyat Sarawak
Abang Jo Beri Diskaun Hingga 25 Peratus Bil Elektrik Selama 6 Bulan Buat Rakyat Sarawak. Kredit: Astro Awani

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia melibatkan pengguna domestik, komersial dan industri.

Bantu rakyat kurangkan kos sara hidup

“Dalam membantu rakyat dan komuniti perniagaan dalam mengharungi cabaran ekonomi pasca pandemik COVID-19 dan mengurangkan kenaikan kos sara hidup serta kos menjalankan perniagaan.

“Kerajaan Sarawak telah memutuskan untuk meneruskan pemberian Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) pada diskaun bil elektrik sebanyak lima peratus hingga 25 peratus untuk pengguna domestik, komersial dan industri untuk enam bulan pertama tahun ini. Ini akan melibatkan sejumlah RM200 juta,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom

Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Sri Sarawak di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Khamis.

Keputusan itu katanya dicapai selepas mesyuarat Kabinet Sarawak hari ini.

Untuk rekod, Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM6.7 bilion menerusi pakej BKSS 1.0 hingga 9.0 untuk membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19 sejak 2020.

Baca lagi artikel terkini di sini:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s PENCABAR takhta Liga Hi Malaysia (MHL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menunjukkan aksi meyakinkan selepas membelasah wakil China, Pasukan Hi Liaoning 13-1 pada...

Sukan

3s LONDON – Juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2020, Joan Mir mengakui saingan kali ini merupakan tahun paling getir dalam kariernya selepas bermula dengan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Azhar Sulaiman meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang sudah lama tidak pulang ke tanah...

Sukan

0 DOHA – Bintang sensasi Qatar, Akram Afif mendedahkan simbol ‘S’ yang dilakukan ketika meraikan jaringan gol sepanjang kejohanan kali ini didedikasi buat isterinya...

Advertisement