Hi, what are you looking for?

Lifestyle

Abang Jo Rancang Bina Kereta Api Trans Borneo Hubungkan Sarawak, Brunei Dan Indonesia


Bagi menjana ledakan aktiviti ekonomi setempat, khususnya di utara Sarawak.

Abang Jo Rancang Bina Kereta Api Trans Borneo Hubungkan Sarawak, Brunei Dan Indonesia. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sudah sampai masanya untuk Sarawak mewujudkan Kereta Api Trans Borneo melibatkan Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Beliau berkata, cadangan untuk mewujudkan Kereta Api Trans Borneo telah dibuat kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).

Abang Jo Rancang Bina Kereta Api Trans Borneo Hubungkan Sarawak, Brunei Dan Indonesia
Abang Jo Rancang Bina Kereta Api Trans Borneo Hubungkan Sarawak, Brunei Dan Indonesia. Kredit: Utusan Borneo

“Kami telah diberi taklimat oleh MOT mengenai cadangan ini dan satu kajian akan dibuat oleh kementerian tersebut.

“Dicadangkan kita akan mempunyai Kereta Api Trans Borneo yang juga akan menjurus ke Sabah dan bersambung dengan Kalimantan, Indonesia.

“Jadi, apa yang berlaku mesti ada perbincangan antara negara Malaysia, Indonesia dan Brunei,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Abang Jo Rancang Bina Kereta Api Trans Borneo Hubungkan Sarawak, Brunei Dan Indonesia

Beliau berkata demikian pada sidang media di Hotel Seri Malaysia di sini selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Jambatan Lawas, Hospital Lawas dan Kompleks Kerajaan Bersepadu Lawas.

“Saya rasa masa sudah sampai untuk kita mewujudkan Kereta Api Trans Borneo untuk meletuskan ekonomi setempat kita,” ujarnya lagi.

Abang Johari berkata, jika projek itu dilaksanakan, ia akan dibiayai oleh kerajaan persekutuan.

Mengulas mengenai projek pembangunan, Abang Johari berkata terdapat 226 projek di bawah pembiayaan alternatif Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK1-2) Negeri dan Projek Rakyat dengan jumlah peruntukan RM440.7 juta telah diluluskan untuk Bahagian Limbang.

“Setakat 30 April tahun ini, 57 projek telah disiapkan, (manakala) 88 projek berada di bawah pelbagai peringkat perlaksanaan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Abang Jo Rancang Bina Kereta Api Trans Borneo Hubungkan Sarawak, Brunei Dan Indonesia

Ujarnya, daripada 226 projek terbabit, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dengan 114 projek mempunyai paling banyak projek di bawah pelbagai peringkat perlaksanaan.

Terdahulu, Abang Johari mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri.

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Mamak News

0 Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kurikulum BINTULU, 29 Sept (Bernama) — Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications