Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Abang Johari Beri Jaminan Naikkan Gaji Penjawat Awam Sarawak Sebelum Bersara


“Kalau negara lain boleh melakukannya, kenapa kita (Sarawak) tidak boleh,” – Abang Jo

Abang Johari Beri Jaminan Naikkan Gaji Penjawat Awam Sarawak Sebelum Bersara. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi jaminan akan menaikkan gaji penjawat awam Sarawak sebelum beliau bersara dalam dunia politik.

Menurutnya, sebelum ini beliau telah mengadakan perjumpaan dengan perkhidmatan awam negeri Sarawak.

“Saya tahu gaji mereka (penjawat awam Sarawak) tidak begitu padan dengan kerja mereka dan akan ada penyelesaian apabila tidak cukup (gaji) dengan melihat kepada angkanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Abang Johari Beri Jaminan Naikkan Gaji Penjawat Awam Sarawak Sebelum Bersara. Kredit: Utusan Borneo

“Saya telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki) untuk menilai dan membuat kajian kerana kos sara hidup meningkat, (namun) gaji tidak naik.

“Hendak menaikkan gaji ini, kita perlu merujuk kepada dana pencen iaitu undang-undang di Putrajaya dan saya perlu mencari jalan penyelesaian bagaimana Sarawak tidak terikat dengan dana pencen,” ujarnya.

Menurut laporan dari Utusan Borneo, beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Integriti 2023 dan Perasmian Persidangan Integriti Kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu berkata, beliau percaya Sarawak dapat mencari penyelesaian kepada masalah gaji penjawat awam dan melaksanakannya dengan baik.

Menurutnya, kerajaan mengambil maklum mengenai keresahan penjawat awam di mana gaji yang tidak setimpal untuk golongan itu, sekali gus menjadi salah satu faktor ketidakpatuhan dalam urusan pekerjaan.

“Sebab itu, kita mengambil kira semua (gaji) ini sebelum saya pencen menjadi Premier dan saya akan selesaikan masalah ini,” tegasnya sambil menambah, beliau berharap agar produktiviti penjawat awam juga terus meningkat.

Tambahnya, sekiranya produktiviti penjawat awam meningkat, ia akan meningkatkan ekonomi sekali gus pendapatan negeri bertambah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pendapatan Sarawak kini bertambah satu (kali) ganda dan saya hendak mencari lagi (sumber) untuk meningkatkan hasil pendapatan Sarawak di mana pendapatan ini akan dikongsi dengan rakyat,” kata Abang Johari.

Beliau pada masa sama mengingatkan orang lain agar tidak memandang rendah akan kekuatan rakyat Sarawak.

“Jangan pandang serong kepada orang Sarawak apabila kita berusaha mendapatkan hak (Perjanjian Malaysia 1963), ini bukan bermakna Sarawak adalah parokial.

“Ini kerana kita berkehendakkan satu sistem yang adil di mana kita ada satu undang-undang iaitu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan kita kena patuh dengan undang-undang tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Itu kerja yang kita lakukan di mana ia merupakan persetujuan antara kita apabila membentuk Malaysia,” katanya lagi.

Beliau turut menjelaskan, tindakan itu bukan menunjukkan negeri ini melawan, sebaliknya ia adalah keadilan yang dikehendaki oleh Sarawak.

Bercakap mengenai majlis tersebut, Abang Johari tiga komponen penting perlu diselami dan diamalkan oleh rakyat Sarawak dalam memantapkan lagi semangat berintegriti di negeri ini.

Menurutnya, tiga elemen itu ialah berkhidmat tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran, tatacara bekerja dan akauntabiliti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Oleh itu, saya berharap agar rakyat dan penjawat awam sama-sama melihat bagaimana kita dapat mengukuhkan semangat integriti di Sarawak,” ujarnya.

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Lifestyle

0 Tiga bank lanjut pengecualian caj QR Duitnow Public Bank Tarik Balik Kenakan Caj Transaksi DuitNow QR, Lagi 2 Bank Lanjut Pengecualian Caj. Tiga...

Mamak News

0 SINGAPURA: Kesihatan mental di Singapura dilaporkan semakin serius, namun lebih ramai bersedia mendapatkan bantuan, menurut tinjauan Kementerian Kesihatan (MOH). Tinjauan Kesihatan Penduduk Kebangsaan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications