Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Abang Rider Cuak, Dapat Pesanan ‘Misteri’ Dari Tanah Kubur Malam-malam, Hantar Sampai Ke Liang Lahad


Bekerja sebagai penghantar makanan ini sebenarnya adalah satu tugasan yang sangat mencabar. Walaupun waktu berkerja agak fleksibel, penghantar makanan perlu bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai situasi yang tidak dijangka seperti pelanggan yang ‘kekwat’, tempat penghantaran yang bersimpang siur dan dipermainkan oleh pesanan palsu.

Walaupun rata-rata para penghantar makanan ini sudah menutup perantinya pada waktu malam disebabkan penat berkerja seharian, ada juga yang masih sanggup membanting tulang pada waktu malam.

Jika kita pernah bersembang dengan abang abang ‘rider‘, sudah semestinya mereka memiliki banyak pengalaman menarik seperti mengunjungi tempat-tempat yang tidak difikir dek akal semata-mata untuk menghantar pesanan makanan pelanggan.

Antaranya perlu meredah pelbagai kawasan untuk sampai ke lokasi penghantaran seperti di bendang, tepi sungai, rumah kosong dan macam-macam lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, begitu, seorang penghantar makanan terpaksa menelan air liur apabila dirinya terpaksa menghantar satu pesanan makanan dari tempat yang paling ditakuti manusia iaitu tanah perkuburan.

| Kampungmamakcom
Gambar hiasan | Kredit Twitter

Abang penghantar makanan terima pesanan makanan dari tanah perkuburan, pada … waktu malam

Dalam sebuah perk0ngsian video di laman TikTok menerusi akaun Anwar Abdul Rahman, se0rang penghantar makanan didapati telah menerima satu pesanan penghantaran makanan daripada pelanggannya.

Perkara tersebut merupakan resmi kehidupan sebagai seorang penghantar makanan. Namun, pelanggan kali ini telah meletakkan alamat luar biasa sebagai tempat penghantaran pesanan makanannya, iaitu sebuah tanah perkuburan Islam.

Sebagai manusia yang normal, siapa sahaja yang tidak akan merasa takut dan berpeluh apabila mendapat pesanan sedemikian rupa. Kalau berjumpa dengan  ‘makhluk-makhluk peramah’ seperti Cik Ponti, Encik Bungkus dan Puan Nanggal, macam mana?

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom
Gambar hiasan | Kredit Twitter

Walaupun diselubungi rasa takut, abang penghantar makanan ini tetap komited dalam menjalankan tugasan hakikinya. Rasa takut boleh hilang namun amanah yang dipikul tidak pernanh hilang selagi kita tidak menunaikannya dengan baik.

Degupan jantungan semakin pantas menemani langkah kaki abang penghantar makanan ini untuk menghantar pesanan pelanggannya. Terfikir juga, adakan insan ini benar-benar ‘pelanggan’ ataupun apa?

Ah, selagi tidak menghantar pesanan ini, selagi itu kita tidak dapat mengetahui kebenaran sebenar mengenai identiti sebenar pelanggan makanan ini. Gerak kaki abang penghantar makanan ini tetapi digagahi jua demi secebis kebenaran.

Identiti pelanggan tersebut sebenarnya…

Rupa-rupanya, pesanan tersebut telah dibuat oleh se0rang lelaki yang bekerja sebagai penggali kubur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disebabkan kudrat yang digunakan semasa meIaksanakan tugasan, Anwar dan beberapa rakan sekerja menjadi sangat lapar dan terus menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan.

Setelah mengetahui identiti sebenar pelanggannya, abang penghantar makanan kelihatan dapat menarik nafas lega bahawa pelanggannya adalah manusia biasa seperti dirinya.

Dirinya juga kelihatan lebih tenang apabila terdapat ramai manusia di tempat tersebut dan menyebabkan abang tersebut yakin bahawa Anwar dan rakannya bukanlah ‘mahkluk-makhluk peramah’ yang suka mengacau manusia pada waktu malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom
Kredit TikTok

Reaksi warganet TikTok berkenaan kisah seram abang rider

Menelusuri ruangan k0men, rata-rata warganet Malaysia menyifatkan abang penghantar makanan tersebut merupakan se0rang yang amanah dalam menjalankan tugasnya.

Pada masa yang sama, mereka juga berseloroh bahawa kon0nnya pemuda berkenaan sudah pasti merasa kecut perut apabila melihat l0kasi penghantaran makanan tersebut, yang disifatkan agak luar biasa.

| Kampungmamakcom
Kredit TikTok

Video pendek ini telah meraih lebih 370.1 ribu jumlah tont0nan dengan 19.9 ribu  tanda suka, 232 komen dan dikongsikan sebanyak 357 kali setakat ini.

@anwarcaad13

#foodpandamalaysia #galikubur #pizzahutmalaysia

♬ original sound – anwarcaad13 – Anwar Abdul Rahman Full

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Kota Pontianak: Didakwa Berasal Dari Tragedi Sultan Diganggu ‘Cik Ponti’ Sampai Terpaksa Tembak Meriam

Sumber: @anwarcaad13 via TikTok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement