Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Abby, Norman beri izin kisah anak jadi ‘penyondol’ ditularkan?


PETALING JAYA – Wanita yang didakwa diceraikan suaminya gara-gara ‘disondol’ anak kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim mendedahkan, kedua-dua selebriti itu sudah mengetahui bahawa kisah anak mereka (Marissa) akan ditularkan dalam media sosial.

Malah, wanita terbabit juga memaklumkan bahawa dia telah meminta keizinan terlebih dahulu daripada Abby dan Norman untuk menularkan kisah anak mereka dan telah diberikan ‘green light’ (kebenaran) untuk berbuat demikian.

Kata wanita terbabit, Abby dan Norman memberi keizinan untuk menularkan kisah anak mereka sebagai jalan terakhir untuk menghentikan perbuatannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Tangkap layar pendedahan seorang wanita yang mendakwa bahawa Abby dan Norman mengetahui kebenaran bahawa anak gadis mereka menjalin hubungan dengan bekas suaminya TWITTER

“Saya sudah minta izin ya sebelum viral (tular). Laporan polis juga sudah dibuat. Dan ya, mereka (Abby dan Norman) beri ‘green light’ (keizinan).

“Memang tahu ya isu nak viralkan ini sebab tidak ada solusi (penyelesaian). Dari mereka juga keizinan viral kisah ini,” tulisnya dalam aplikasi X.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut mendedahkan bahawa bekas suaminya dan Marissa masih menjalinkan hubungan selepas mereka bercerai.

“Memang diceraikan sebab mereka nak bersama pun. Balik dari mahkamah masih sempat dating, celebrate (meraikan),” tambahnya.

Hari ini, kecoh apabila nama anak gadis aktor Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania menjadi topik trending dalam aplikasi X atau Twitter selepas seorang wanita tampil membuat pendedahan mengejutkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Marissa Dania didakwa menjadi orang ketiga dan meruntuhkan rumah tangga wanita berkenaan yang mempunyai dua orang anak kecil.

Susulan tular tentang anak gadisnya, Abby Abadi tampil memberi respon dalam InstaStory dan memaklumkan dia akan memberi jawapan tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Mamak News

0 SINGAPURA: Singapura menaik taraf jet pejuang F-16 miliknya dengan keupayaan baharu dan maju untuk meningkatkan operasi, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF). F-16 yang...

Sukan

0 TOKYO – Pelumba utama Red Bull Racing, Max Verstappen mempamerkan dominasi penuh untuk kembali berada di landasan kemenangan selepas menjuarai Grand Prix (GP)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications