Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Abd Rauf bakal sertai FAM?


PETALING JAYA – Skuad bawah 23 (B-23) negara dapat ‘nasihat’ bekas pemain skuad Selangor era 90-an, Datuk Abd Rauf Ahmad menjelang aksi terakhir kelayakan Piala Asia B-23 2024 menentang Thailand malam ini.

Sebagai rekod, nama Abd Rauf bukanlah nama asing dalam arena bola sepak tempatan terutama ketika menjadi pengurus pasukan Selangor bermula musim 2017 hingga 2019.

Selepas hilang daripada radar hampir tiga tahun, Abd Rauf dilihat hadir ke sesi latihan skuad muda Harimau Malaya di Chonburi, Thailand kelmarin bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Abd Rauf mungkin bakal diberi peranan khas oleh badan induk bola sepak negara untuk memegang jawatan penting dalam masa terdekat melibatkan projek pembangunan akar umbi.

Skuad B-23 negara kendalian E. Elavarasan bakal berdepan aksi hidup mati menentang tuan rumah di Stadium Chonburi dalam usaha muncul juara kumpulan sekali gus mara ke pusingan akhir di Qatar, Tahun depan.

Sebelum ini, pasukan remaja kebangsaan berjaya meraih kemenangan ke atas Bangladesh 2-0 dan Filipina 4-0 untuk berkongsi enam mata dengan Thailand di kedudukan teratas Kumpulan H. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications