Hi, what are you looking for?

Sukan

AC Milan makin sukar pertahan gelaran


ROM – Misi mempertahankan kejuaraan Serie A nampak kian sukar buat AC Milan apabila terus menampilkan aksi hambar selepas dibelasah 0-4 ketika menentang Lazio di Stadium Olimpico awal pagi semalam.

Kekalahan itu menyaksikan Milan semakin ketinggalan de­ngan pendahulu, Napoli yang memiliki kelebihan 12 mata selain diekori rapat Lazio, Inter Milan dan Roma menerusi perbezaan satu mata.

Pada perlawanan itu, Lazio yang turun sebagai tuan rumah bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi Sergej Milin­kovic-Savic sebelum Mattia Zaccagni, Luis Alberto dan Felipe Anderson melengkapkan kemenangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami akan pulang ke Milan dan fokus untuk bekerja lebih keras kerana memang jelas kami tidak bermain mengikut stan­dard sebenar. Banyak perkara yang tidak menjadi dalam pasukan pada ketika ini.

“Saya percaya kami berdepan masalah dari segi mentaliti dan taktikal kerana gol yang dilepaskan itu sepatutnya tidak berlaku. Saya terpaksa buka mulut kerana pemain perlu tahu,” kata Jurulatih Milan, Stefano Pioli.

Untuk rekod, kekalahan semalam menyaksikan Milan gagal untuk mencatat sebarang kemenangan dalam lima perlawanan terakhir selain melepaskan sembilan gol dalam tiga perlawanan terdahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini merupakan situasi yang cukup getir untuk pasukan ke­rana kami gagal bermain seperti diharapkan dalam tempoh dua minggu ini,” ujar Pioli. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 BINTANG Manchester City, Newcastle United dan Manchester United dijangka menjadi pilihan kebanyakan pengurus untuk cuba mengatur perancangan terbaik bagi Fantasi Liga Perdana Inggeris...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Jabatan Insolvensi Malaysia sedang merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) bagi menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan termasuk...

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Hiburan

0 KAJANG – Penyanyi Sissy Imann mengakui menyesal terlampau mengikut emosi sehingga mengambil keputusan menjual album sulung hanya pada harga RM20, sedangkan kos pembikinan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications