Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Perkahwinan adalah ikatan suci yang dibina berlandaskan kepercayaan dan kasih sayang di antara pasangan suami isteri. Pun begitu, ia tidaklah seindah seperti yang dibayangkan kerana terdapat pelbagai ujian yang perlu ditempuhi terutama selepas sudah mengenal hati budi masing-masing.
Ditambah pula jika memiliki anak-anak, ada sesetengah isteri yang merasakan beban yang sangat tidak tertanggung kerana perlu menyediakan banyak perkara dalam rumah tangga. Dalam keadaan ini, jangan biarkan emosi terus menguasai diri dan perbaiki masalah yang melanda melalui komunikasi dengan suami.
Bercakap mengenainya, seorang pengguna Facebook, Aida Rahayu Mohd Badri, ada berkongsikan tips mengenai cara-cara untuk seorang isteri menangani emosi.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
“Seorang isteri yang terlalu kurus, tidak terurus, menangis, mundar mandir ke hulu hilir, kejap-kejap jatuh terbaring, bangun semula, sekejap menjerit, menangis.. terus dibawa ke hospital masuklah di zon kuning.”
Ya Allah, bila diingat saja apa yang berlaku kepada si isteri itu, rasanya sangat sakit. Berat mata memandang, berat lagi bahu dia yang memikul. Sebagai wanita, saya sangat terkesan dengan apa yang berlaku. Menjadi seorang isteri, setiap dari kita perlu ada persiapan untuk mengawal dan menjaga emosi diri.
Tips dibawah ni saya kongsikan dengan harapan dapat membantu isteri-isteri diluar sana.
CARA TANGANI EMOSI SEBAGAI SEORANG ISTERI
1) JANGAN TERLALU ‘HIGH EXPECTATION’
Kita manusia tiada yang sempurna. Hatta suami mahupun isteri. Sebab tu dalam rumah tangga, jangan terlalu mengharap untuk mendapatkan yang sempurna. Tapi sebagai pasangan, kita perlu usaha untuk saling melengkapi. Yang mana kurang, sama-sama lengkapkan. Jangan paksa diri, tapi didiklah hati untuk cuba berikan yang terbaik.
“We are not perfect, but what we can do is to complete each other, and accept each other.”
Rumah dengan isi rumah yang ramai tambah lagi dengan anak-anak kecil jangan diharap sentiasa kemas 24 jam. Tangan ada 2 je, buatlah yang termampu dan lapang dada.
Boleh juga buat peruntukkan sebulan sekali panggil pembantu bersihkan rumah.
2) KELUAR DARI SUASANA TOKSIK
Tekanan emosi ni bukan perkara main-main. ‘It is very serious’. Jadi jangan biarkan. Kalau ada masalah cepat-cepat dapatkan bantuan. Antara caranya,
Minta nasihat daripada orang yang dipercayai
“It is okay to not be okay!”
Jangan malu untuk dapatkan bantuan. Ada benda yang kita kena kongsi supaya masalah tidak berlarutan dan keadaan tidak bertambah buruk.
3) KOMUNIKASI DALAM RUMAH TANGGA
Luahkan, ceritakan. Suami isteri ni ‘Life Partner’, bukan nafsi-nafsi (sendiri-sendiri). Pasangan dicipta untuk saling melengkapi. Apa guna sebuah ikatan kalau takde KOMUNIKASI?
Ada masalah? Jangan pendam! Cerita supaya pasangan faham dan tak berlaku ‘makan hati’ dalam diam. Tak pandai cakap, boleh tulis surat, tulis di whatsap.
Dan komunikasi ini mestilah DUA HALA. jika sehala sahaja ia dikira komunikasi yang gagal ibarat cakap dengan dinding. Jangan biarkan melarat bertahun-tahun.
Cabaran hidup orang berkeluarga ni berbeza dengan orang bujang. Tambah-tambah kalau pasangan tu tidak memberi kerjasama yang baik. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada saya. Terima kasih suami.
Ujian masing-masing berbeza. Tapi saya yakin dan percaya, setiap dugaan yang datang tu ada hikmah besar yang Allah nak sampaikan pada setiap dari kita. Saya doakan kepada mereka yang diuji diluar sana supaya terus kuat dan tabah dalam menghadapi ujian kehidupan.
Percayalah, tiada penyakit yang datang tanpa penawar. Penawar itu, kitalah yang harus usaha untuk mencarinya.
Sumber: Aida Rahayu Mohd Badri
