Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Ada deposit, ada persembahan – XPDC


PETALING JAYA – Mengelak ditipu promoter atau orang tengah, kumpulan XPDC teguh dengan pendirian mendapatkan wang deposit sebanyak 50 peratus sebelum mengesahkan persetujuan untuk tampil dalam mana-mana persembahan.

Pemain basnya, Zuar berkata formula yang diguna pakai mereka sejak sekian lama itu setakat ini menjadi.

“Alhamdulillah, setakat ini XPDC belum pernah kena tipu kerana sebarang jemputan persembahan mahupun promosi, kami minta dulu deposit sekurang-kurangnya separuh daripada yang dipersetujui.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami perlu bertegas dalam soal kontrak. Jika mahu sahkan persembahan kami, bayar 50 peratus dahulu, begitulah saya jaga XPDC dari dulu. Paling penting perjanjian awal itu kena telus.

“Bukan memilih, tapi sebagai band ‘otai’ semua perlu faham yang kami sudah masak dengan permainan industri. Ada deposit, ada persembahan,” katanya ketika ditemui pada sidang media Search Voyage of Asia, semalam.

XPDC bakal memanaskan pentas konsert Search di Educity Sports Complex, Johor Bahru, bersempena Hari Rock Negara Edisi Selatan pada 24 dan 25 November ini.

Menyentuh mengenai persembahan selama 40 minit itu, Zuar atau nama sebenarnya Azuar Md. Tasi, 57, mengakui menerima undangan itu atas dasar simpati selepas penganjurnya, C&M Music Centre
ditipu orang tengah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Penganjur pelawa XPDC sejak awal tahun lagi, tapi lepas itu tiada perkembangan sehinggalah baru-baru ini dimaklumkan mereka ditipu orang tengah.

“Atas dasar mahu membantu, kami sanggup turun padang mempromosikan acara ini biarpun hanya sebagai kumpulan undangan dengan band utama nanti adalah Search.

“Tidak mengapalah, dalam situasi tertentu kita masih boleh bertolak-ansur. Lagipun, penganjur berpegang kepada janji,” ujarnya.

Selain Zuar, band rock yang hampir empat dekad bertapak dalam industri muzik itu turut dibarisi Ary selaku vokalis, Jeff (gitar) dan Amy (dram). – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Hiburan

0 BERGELAR pewaris kepada seniman dan seniwati tersohor, Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan Allahyarhamah Datin Saadiah bukanlah tiket untuk pelakon berkaliber, Fazlina Ahmad Daud...

Mamak News

0 Gelagat Final Piala Malaysia, Penyong Datang Stadium Pakai Baju Pengantin Bahang kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 kian terasa. Penyong pasukan yang bertanding,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications