Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Covid-19

Ada Keputusan Ujian Pra-Pelepasan Pengembara Dari Arab Saudi Negatif, Tiba Di Malaysia Disahkan Positif- KJ


Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi kemaskini tentang keputusan ujian COVID-19 yang dilakukan oleh pengembara dari Arab Saudi.

Menurutnya, daripada 1 Disember 2021 hingga 4 Januari 2022, ujian hari pertama yang positif daripada Arab Saudi ialah 1,303. Ketika ujian pra-pelepasan, mereka negatif tetapi apabila tiba di lapangan terbang Malaysia, mereka disahkan positif.

“Kita ambil ujian hari pertama dan kedua, sepatutnya jumlah positif di ujian hari pertama dan hari kelima tidaklah berapa tinggi sangat sebab mereka buat ujian pra-pelepasan dua hari sebelum mereka berlepas ke Malaysia,” katany dalam sidang media khas petang ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia merupakan salah satu faktor yang menentukan keputusan KKM untuk menangguhkan sementara perjalanan ke Arab Saudi.

“Ujian hari kelima (individu lain) pula 1,260 disahkan positif. Jadi ini menunjukkan bahawa ujian pra-pelepasan di Arab Saudi tidak mengesan kes-kes tersebut dan kalau kita tidak buat keputusan untuk kuarantin dan untuk tangguhkan, maka kita akan melihat gelombang Omicron yang jauh lebih tinggi,” ujarnya.

Dalam sidang media itu, Khairy juga memaklumkan setakat ini sebanyak 245 kes Omicron yang dikesan dengan 233 kes import dan 12 penularan tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebanyak 157 kes daripada keseluruhan 245 kes atau 64 peratus pula telah dikesan daripada jemaah umrah pulang dari Arab Saudi.

Sumber: Live Bernama Tv

 

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement