Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Ada yang berani kirim gambar alat sulit – Elly Arifin


PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan tindakan undang-undang.

Elly atau sebenarnya Nurul Elyana Kamalul Arifin, 34, berkata, status janda yang digalas bukan lesen untuk lelaki miang menjadikannya sebagai mangsa fantasi mereka atau objek simbolik seks.

“Ada saja komen jijik saya terima setiap kali berkongsi gambar walaupun foto itu biasa-biasa saja, bahkan ada yang lebih berani kirim gambar alat sulit dan meluahkan imaginasi melakukan hubungan terlarang dengan saya.

“Bukan saja kerana status saya, namun sejak dulu saya sudah menerima hantaran sebegini dan awas, jangan sampai saya buat laporan polis,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut pelakon Anak Perjanjian Syaitan 2 itu, jangan disebabkan dia pernah kecundang dalam perkahwinan membuatkan pelaku merasakan dirinya kesunyian sehingga sanggup untuk menggadai maruah.

“Jangan hanya kerana saya pernah kahwin dan bercerai saya dianggap senang untuk didekati tambah-tambah melakukan perbuatan tidak bermoral.

“Cukup-cukuplah mengganggu kerana buat masa ini saya hanya mahu tumpukan perhatian terhadap kerjaya seni, keluarga dan juga diri sendiri

“Saya belum terfikir untuk cari pengganti semata-mata ingin mengelakkan diri daripada menerima mesej lucah,” ujarnya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berkongsi mengenai kerjaya, Elly baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Malang Si Puteri terbitan Radius One yang bakal ditayangkan pada Ramadan nanti bermula 11 Mac depan.

“Buat masa ini saya sedang menjalani penggambaran drama Menantu Dari Amsterdam untuk saluran RTM, serta beberapa lagi naskhah,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement