Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Admin KTMB Sibuk Balas Komen Netizen Isu Terlepas Stesen


PETALING JAYA – Insiden tren KTMB tidak berhenti untuk mengambil pelajar di hentian Kuala Gris, Kelantan pagi tadi menjadi topik bualan utama orang ramai menyebabkan kira-kira 100 pelajar tidak ke sekolah hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong hari ini.

Dalam pada itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan memohon maaf kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah dan memaklumkan pihaknya memandang serius dan kesal dengan kejadian tersebut serta kakitangan yang terlibat telah digantung tugas.

Meninjau ke ruangan komen di Facebook rasmi KTMB, rata-rata orang ramai memuji tindakan pantas pihak KTMB dalam menyelesaikan isu berbangkit dengan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden yang berlaku dan segera memohon maaf kepada pihak yang terlibat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, admin KTMB dilihat sibuk membalas setiap komen dan mesej yang dihantar oleh orang ramai.

“Tahniah KTMB Berhad, respon yang pantas dan segera menyelesaikan isu yang berbangkit.” kata Fard Osman.

“Macam ini la bagus, cepat jawab, zahirkan kekesalan, mohon maaf dan menyiasat segera. Bukannya selindung,” kata Sharguna Dass.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tahniah KTMB segera bertindak dan mengakui kesilapan, dengan tegas mengambil tindakan ke atas pegawai yang terlibat. Terbaik KTMB dengan sikap yang tulus,” kata Saiful Rais. – K! ONLINE.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement