Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Aeril Zafrel dedah wajah pekerja curi stok


PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel mendedahkan berlaku kejadian pecah amanah membabitkan seorang pekerjanya yang kini sedang dijejaki.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Instagramnya semalam, seorang lelaki dilihat mengangkat beberapa kotak dipercayai stok barangan keluaran syarikat milik selebriti terbabit.

Pemilik nama sebenar Suhairil Sunari, 35, itu mendakwa kakitangannya yang membawa lari stok berkenaan tidak dapat dihubungi sejak Jumaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ada yang kenal mamat ni? Kes pecah amanah dan bawa lari stok, sebab sejak Jumaat tidak dapat dihubungi dan mesej tidak dibalas,” tulisnya.

Sementara itu, dalam ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen memberikan pandangan mereka berhubung pendedahan dilakukan Aeril.

Malah ada yang meminta suami kepada aktres Wawa Zainal itu tidak mendedahkan aib individu dimaksudkan dengan alasan hanya dua kotak diambil selain tidak merugikannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dua kotak yang dia ambil tak menjadikan dia kaya, abang ada banyak lagi kotak untuk dijual. Ikhlaskan abang, mana tahu dia terdesak.

“Ya, memang pencuri tak boleh bagi muka sangat, tapi ikhlaskan sahaja, pasti Allah beri lebih,” kata seorang pengikutnya.

Begitupun, pendapat tersebut dibidas netizen lain yang menegaskan perbuatan salah tidak boleh dinormalisasikan dan boleh menjadi ikutan pekerja lain andai dibiarkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dua kotak atau dua barang, mencuri tetap mencuri. Matlamat tak menghalalkan cara. Jenuh pengasas kalau macam itu.

“Kalau seorang bawa lari sekotak, kalau dua tiga orang pekerja buat perangai yang sama, boleh bungkus pengasas,” komen seorang pemilik akaun media sosial lain.

Aeril dan Wawa yang mengusahakan rangkaian produk kecantikan antara usahawan selebriti berjaya apabila meraih keuntungan berjuta ringgit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tahun lalu pasangan terbabit melunaskan zakat perniagaan di Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM1.15 juta. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement