Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

AFCON: Nigeria waspada ancaman Angola


ABIDJAN – Juara tiga kali, ­Nigeria dijangka berdepan tugas untuk mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika ­(AFCON) 2024 apabila berdepan Angola dalam aksi suku akhir di Stadium ­Felix Houphouet Boigny awal pagi esok.

Berdasarkan rekod pertemuan, Super ­Eagles masih gagal menewaskan Angola apabila mencatat satu kekalahan dan seri dua daripada tiga perlawanan antara kedua-dua pasukan.

Bukan itu sahaja, Angola juga telah membuktikan mereka wajar diangkat antara pasukan pilihan menerusi kejayaan meledak sembilan gol daripada empat perlawanan ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penyerang Nigeria, Paul Onuachu mengingatkan rakan sepasukannya agar berwaspada dengan ancaman daripada Angola yang kini dalam perjalanan untuk menempa sejarah memburu kejuaraan pertama buat negara itu.

“Kami perlu mengambil serius per­lawanan ini seperti kami lakukan ketika menewaskan Cameroon (pu­singan 16). Saya akui Angola bukan lawan mudah kerana setiap pasukan di peringkat ini mempunyai kekuatan tersendiri.

“Malah, semua mahu menewaskan Nigeria, terutamanya pasukan-pasukan yang berstatus underdog. Sekarang kami perlu berikan fokus terbaik untuk merealisasikan sasaran pasukan ke pentas final,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai rekod, Nigeria ­melangkah ke peringkat suku akhir selepas menewaskan ­Cameroon menerusi dua jari­ngan daripada Ademola Lookman, manakala Angola menumbangkan Namibia 3-0. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement