Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

AG Coco hidap sakit buah pinggang tahap 3


PETALING JAYA – Gitaris kumpulan Hujan iaitu AG Coco kini sedang dirawat di sebuah hospital disebabkan penyakit buah pinggang tahap tiga.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh isterinya, Zuliana Eusoff menerusi Instagram yang memberitahu, suaminya akan menjalani pembedahan untuk menyahsekat batu karang yang menghalang aliran air kencing dalam buah pinggangnya.

Suami saya akan menjalani prosedur minor Ureteric Stent Insertion (memasukkan alat melalui saluran kecil hingga ke pundi kencing) akibat batu karang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia juga pada mulanya didiagnos dengan penyakit buah pinggang tahap tiga,” katanya.

Dalam masa sama, Zuliana terkilan kerana tidak dapat menemani suaminya sepanjang menjalani prosedur tersebut kerana berada di London bersama anak lelakinya, Hidayat Hezry.

“Sayu hati ini kerana saya dan anak berada beribu-ribu batu jauh semasa dia sangat memerlukan saya sekarang.

“Namun, kami percaya bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik,” ujarnya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, ibu kepada seorang cahaya mata itu sangat mengharapkan doa buat kesihatan pemilik nama lengkap Mohd. Hezry Mohd. Hafidz itu.

Saya menghargai sekiranya kalian mendoakan kestabilan dan pemulihan.

“Semoga Allah memberkati kalian dengan doa yang baik-baik. Terima kasih,” jelasnya.

Difahamkan, AG Coco kini sudah melengkapkan tiga pembedahan sepanjang berada di hospital selama satu minggu. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement