Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Agong Berkenan Terima Zakat Perniagaan Lebih RM65 Juta


agong zakat perniagaan

Agong Berkenan Terima Zakat Perniagaan Lebih RM65 Juta

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah lebih RM65 juta bagi pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Majlis simbolik penyerahan bayaran berjumlah RM65,379,959 bagi tahun 2022 dan 2023 daripada 16 syarikat korporat itu berlangsung di Istana Negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syarikat terlibat adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, FGV Group, Lembaga Tabung Haji, Tenaga Nasional Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad, Co-opbank Pertama Malaysia Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Turut terlibat TH Travel Sdn Bhd, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Etiqa General Takaful Berhad, Rakyat Management Services Sdn Bhd, Etiqa Family Takaful Berhad, Malakoff Corporation Berhad, Percetakan Nasional Malaysia Berhad dan Wasco Berhad.

BACA JUGA: Rakyat Malaysia Di Gaza Selamat Dievakuasi Melalui Lintasan Sempadan Rafah 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hadir sama pada majlis itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Pengerusi PPZ-MAIWP Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.

Sementara itu, PPZ-MAIWP dalam kenyataannya memaklumkan bagi tempoh Januari hingga Oktober ini, zakat perniagaan sebanyak RM109,306,371.70 berjaya dikutip membabitkan 3,504 pembayar.

“Menjelang hujung tahun 2023, PPZ-MAIWP ingin mengajak seluruh masyarakat Islam agar menyegerakan bayaran zakat mereka bagi mengelakkan bayaran saat akhir,” menurut kenyataan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

The post Agong Berkenan Terima Zakat Perniagaan Lebih RM65 Juta appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan. Kata...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications