Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di UAE Untuk Lawatan Khas Sempena COP28


Agong lawatan uae

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di UAE Untuk Lawatan Khas Sempena COP28

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini, untuk lawatan khas hingga 4 Dis depan.

Menurut kenyataan Istana Negara, pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada 3.40 petang waktu tempatan (7.40 malam waktu Malaysia).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lawatan itu bersempena Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28), yang akan berlangsung dari 30 Nov hingga 12 Dis di Dubai.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Menteri Dalam Negeri UAE Sheikh Saif bin Zayed Al Nahyan dan Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Agong Berkenan Terima Zakat Perniagaan Lebih RM65 Juta

Esok, Al-Sultan Abdullah dijadual berangkat melakukan kunjungan hormat dan pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Qasr Al Watan.

Pada kunjungan hormat itu, Seri Paduka dijadual mengurniakan darjah tertinggi negara Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) dan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Pertama kepada Sheikh Mohamed.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua pemimpin juga dijadual menyaksikan beberapa pertukaran dokumen antara syarikat Malaysia dan UAE berkaitan pelaburan di dalam tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

Al-Sultan Abdullah turut dijadual berangkat menghadiri Sidang Kemuncak Tindakan Iklim Dunia serta Segmen Peringkat Tinggi bagi Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan, pada 1 Dis.

Menurut kenyataan itu, Seri Paduka juga berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Pavilion Malaysia serta berangkat ke upacara pertukaran dokumen membabitkan syarikat Malaysia dan UAE di luar COP28.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan rombongan diraja itu juga terdiri daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta pegawai kanan kerajaan.

Sumber: BERNAMA

The post Agong, Raja Permaisuri Tiba Di UAE Untuk Lawatan Khas Sempena COP28 appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement