Hi, what are you looking for?

Lifestyle

Ahli Parlimen Cadang Komuniti LGBT Dikategorikan Sebagai Pesakit Mental


Ahli parlimen PAS cadangkan golongan LGBT sebagai pesakit mental

Ahli Parlimen Cadang Komuniti LGBT Dikategorikan Sebagai Pesakit Mental. Seorang ahli parlimen PAS mencadangkan kerajaan mengklasifikasikan ahli komuniti LGBT (lesbian, gay, biseksual, transgender) sebagai mempunyai masalah kesihatan mental, lapor Free Malaysia Today.

Menurut sumber, apabila Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) mencelah hujah Dr Halimah Ali (PN-Kapar) di Dewan Rakyat mengenai cadangan pengubahsuaian Akta Kesihatan Mental sebagai sebahagian daripada memansuhkan jenayah bunuh diri.

“Kapar (Dr Halimah), adakah anda bersetuju dengan saya? Saya ingin mencadangkan agar golongan LGBT juga dikategorikan mempunyai masalah kesihatan mental,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Halimah, juga merupakan seorang doktor, percaya ia perlu disertakan dalam perbahasannya.

Beliau seterusnya berkata penyakit mental adalah masalah serius yang memerlukan perhatian beberapa kementerian, dan mereka harus mempertimbangkan kaedah terbaik untuk menanganinya.

Nasihat untuk lebih menghormati individu

Chiew Choon Man (PH-Miri) kemudiannya menasihatkan kedua-dua Ahli Parlimen PAS itu supaya lebih menghormati individu, sambil menekankan kepentingan isu kesihatan mental tidak boleh dipandang remeh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kesihatan mental adalah isu yang harus ditangani dengan serius dan profesional.

“Adalah tidak wajar untuk mengatakan bahawa orang mempunyai masalah kesihatan (mental) tanpa didiagnosis secara perubatan,” kata ahli parlimen PKR itu.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini....

Mamak News

0 SPM: Berkat Doa Guru, Ibu Bapa Raih 11A+, 1A SUNGAI PETANI, 8 Jun (Bernama) — Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 negeri...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bantu ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang...

Mamak News

0 ISLAMABAD: Polis Pakistan secara rasmi menamakan bekas Perdana Menteri, Imran Khan sebagai bersubahat dalam satu kes pembunuhan berlaku Selasa lalu.   Imran, 70, didakwa...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications