Hi, what are you looking for?

Mamak News

Ahli politik cedera ditoreh lepas buat aduan SPRM


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera di tangan kiri akibat ditoreh dengan menggunakan pisau dalam satu pergaduhan di hadapan Jolly Hair Salon Batu 5, Jalan Ipoh, dekat sini semalam.

Difahamkan kedua-dua individu itu merupakan ahli politik berlainan parti telah berselisih faham selepas suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa yang didakwa membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyelewengan wang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan seorang lelaki tempatan yang juga ahli politik didakwa telah ditoreh di tangan kiri dengan menggunakan sebilah pisau sekitar pukul 9.17 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku pada pukul 4 petang apabila mangsa yang berumur 42 tahun telah berselisih faham dengan seorang lelaki tempatan yang dikenalinya.

“Semasa pertelingkahan di tempat kejadian, suspek bertindak menoreh tangan kiri mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.

“Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kesan luka sedalam tiga sentimeter dan perlu menjalani pembedahan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, kejadian berlaku dipercayai berpunca daripada suspek yang tidak berpuas hati dengan aduan SPRM berkaitan penyelewengan wang yang dibuat oleh mangsa ke atasnya.

Jelas beliau, bertindak atas siasatan, pihak polis telah menahan suspek yang berumur 36 tahun ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul kira-kira pukul 11.50 malam pada hari yang sama.

“Semakan mendapati, suspek mempunyai tiga rekod kesalahan jenayah lampau masing-masing satu berkaitan kes dadah dan dua jenayah,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement