Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Ahmad Yusof dilantik CEO baharu THHE


PETALING JAYA – TH Heavy Engineering Berhad (THHE), subsidari Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB), melantik Ahmad Yusof Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  yang baharu berkuatkuasa  1 Februari 2022.

Lembaga Pengarah THHE  berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan Ahmad Yusof yang memiliki lebih daripada 40 tahun pengalaman dalam bidang teknikal dan pengurusan dalam pelbagai bidang pembinaan kapal, pembaikan kapal serta dalam bidang minyak dan gas.

“Kami berkeyakinan bahawa melalui pengalamannya yang luas dan keupayaan sebagai seorang profesional veteran dalam industri bakal menjadi petanda yang baik  untuk Kumpulan seiring dengan pelan strategik serta memanfaatkan peluang yang berdaya maju,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad Yusof yang sebelum ini dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam THHE sejak Mac 2021 dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif sejak bulan Oktober lalu telah berperanan dalam memacu visi Kumpulan, strategik hala tuju, polisi dan strukturnya.

Terbaharu, beliau telah menerajui inisiatif Kumpulan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan dan prospek seiring dengan strategi regularisasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengalaman Ahmad Yusof sebelum ini adalah menerajui beberapa peringkat jawatan tertinggi seperti Ketua Pegawai Operasi  Grade One Marine Shipyard Sdn. Bhd., Ketua Pegawai Eksekutif MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd. and Ketua Operasi Muhibbah Marine Engineering Sdn. Bhd.

Beliau juga pernah berkhidmat di PSC Naval Dockyard Sdn. Bhd., Penang Ship & Construction Sdn. Bhd. serta Malaysia Shipyard and Engineering Sdn. Bhd.



Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement