Hi, what are you looking for?

Mamak News

Ahmad Zahid Tiba Di Mahkamah Dengar Keputusan 40 Pertuduhan Rasuah VLN


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Ahmad Zahid Tiba Di Mahkamah Dengar Keputusan 40 Pertuduhan Rasuah VLN

SHAH ALAM, 23 Sept (Bernama) — Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendengar keputusan sama ada beliau perlu membela diri atau dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Ahmad Zahid, 69, dilihat berjalan bersama kira-kira 100 para penyokong berpakaian serba hitam dan putih dari pintu utama Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke lobi bangunan itu sekitar 8.50 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Presiden UMNO itu turut diiringi Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Terdahulu barisan pendakwa raya dan pasukan pembelaan Ahmad Zahid tiba di lobi bangunan itu bermula sekitar 8.15 pagi.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa dijadual menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap Ahmad Zahid, maka beliau akan dipanggil untuk membela diri manakala jika sebaliknya bekas timbalan perdana menteri itu akan dilepas dan dibebaskan.

Pasukan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob, Zander Lim Wai Keong dan B. Thavani manakala Ahmad Zahid diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh.

Terdahulu, kira-kira 100 pengamal media dari dalam dan luar negara mula tiba seawal 7 pagi bagi membuat liputan kes tersebut dan penyokong Ahmad Zahid dilihat berkumpul di pintu pagar utama mahkamah sekitar jam 8 pagi dengan membawa kain rentang tertera ‘Solidariti 4 AZH’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEGAMAT – Polis menahan lapan lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit kes rogol seorang pelajar perempuan tingkatan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Dua Paip Gas Bawah Laut Rusia Bocor, Disyaki Ada Unsur Sabotaj Dua saluran paip gas Nord Stream yang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MELAKA – Seramai 30 pengamal media berstatus sambilan di negeri ini mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. “Kami Mampu Melakukannya”, Tular Semula Ucapan Biden, Projek Nord Stream 2 Akan Dihentikan Jika Rusia Serang Ukraine Hari...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications