Hi, what are you looking for?

Sukan

Aidil Sharin akui saingan Kumpulan G sengit


Aidil Sharin Sahak

Oleh: AMMAR HAZIQ

KETUA Jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak tidak menafikan skuadnya berdepan laluan sukar apabila diundi dalam Kumpulan G Piala AFC 2022 bersama pasukan-pasukan yang dibarisi ramai pemain yang berpengalaman di pentas antarabangsa.

Diundi bersama juara Liga 1 Indonesia 2019, Bali United FC dan juara Copa Paulino Alcantara 2021, Kaya FC dari Filipina, persiapan rapi akan dilakukan bagi menghadapi perlawanan dijadualkan pada Mei ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hijau Kuning juga turut diundi bersama satu lagi pasukan iaitu pemenang perlawanan play-off membabitkan pasukan dari Kemboja dan Laos.

Menurut Aidil Sharin, saingan Liga Super yang membuka tirai pada Mac ini menjadi medan terbaik untuk mempersiapkan pasukan bagi memastikan momentum semua pemain berada pada tahap terbaik.

“Kami berdepan lawan seperti Bali United FC yang dibarisi ramai pemain antarabangsa. Mereka berpengalaman di saingan pentas AFC dan juga Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kaya FC pula dari Filipina juga sebuah pasukan berpengalaman dan beraksi di peringkat saingan ACL pada musim lepas,” katanya.

Jelasnya, mengambil kira perkembangan semasa kedua-dua pasukan yang akan dihadapi, KDA FC dijangka berdepan saingan sengit.

Walaubagaimanapun, Aidil Sharin memberitahu fokusnya kini adalah mempersiapkan pasukannya terlebih dahulu bagi berdepan saingan Liga Super.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami mahu mempersiapkan pasukan pada musim ini agar benar-benar bersedia dan mampu memberikan saingan kepada lawan dalam kumpulan G ini.

“Kita mahu memastikan momentum pemain perlu berada pada tahap terbaik terlebih dahulu. Perkara ini perlu bagi memastikan persiapan ke saingan AFC juga berjalan seperti dirancangkan,” ujarnya.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications