Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Aiman Tino hilang sabar, nak saman penganjur ‘funfair’


PETALING JAYA – Selepas hampir setahun lebih menuntut bayaran baki hutang sebuah persembahan di Sabah, penyanyi Aiman Tino sudah hilang sabar dan tidak teragak-agak membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.

Menerusi status yang dimuat naik Aiman dalam Instagramnya, penyanyi itu memohon bantuan orang ramai untuk mencari pasangan suami isteri yang merupakan penganjur pesta ria (funfair) di Sabah.

“Tujuan saya membuat posting ini adalah untuk mencari penganjur funfair di Sabah yang telah berhutang dengan saya dari tahun 2022 sehingga kini,” tulis Aiman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam posting yang sama, Aiman turut memuat naik gambar sebagai bukti usaha-usaha yang telah dilakukan untuk mendapatkan baki bayaran persembahannya daripada pihak penganjur tersebut.

“Pelbagai alasan diberi untuk mengelakkan dirinya daripada terus berhubung dengan saya sampai hari ini. Saya telah pun mesej berkali-kali meminta hutang yang tidak selesai lagi tetapi saya tidak mendapat sebarang respon atau mesej daripada pihak penganjur.

“Saya hubungi banyak kali, tidak angkat. Mesej tidak berbalas, ini ke cara orang berhutang dan buat tidak tahu sedangkan masih bergiat aktif buat acara funfair di Sabah sehingga hari ini?,” kata Aiman penuh amarah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disebabkan rasa tertipu dan dikhianati, Aiman menuntut pihak penganjur berkenaan menyelesaikan keseluruhan hutang yang dituntut.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci itu turut memberi amaran jika pihak penganjur berkenaan gagal melunaskan segala baki hutang yang tertunggak, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.

“Saya ada semua bukti mesej, tolong jangan putar belit. Saya tidak akan memadamkan posting ini sehingga ahli keluarga atau wakil pihak penganjur menghubungi saya dan membuat bayaran hutang penuh. Saya tidak teragak-agak untuk membawa kes ini ke mahkamah,” ujar Aiman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam bukti bergambar, penganjur berkenaan berjanji untuk menyelesaikan baki bayaran persembahan Aiman di Sabah yang telah berlangsung pada 1 November 2022. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement