Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Ain Nabilah-Aleena muncul juara dunia


PETALING JAYA – Gandingan Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Ahmad Nawawi muncul juara dunia selepas mengungguli acara pairs wanita pada Kejohanan Boling Padang Dunia 2023 di Gold Coast, Australia sebentar tadi.

Kejayaan itu hadir selepas mereka menewaskan pasangan dari Malta, Rebecca Rixon dan Connie Leigh Rixo 15-11 pada aksi final, sekali gus menamatkan penantian 15 tahun Malaysia meraih pingat emas di pentas Kejohanan Dunia.

“Kami berdua berjaya menampilkan persembahan yang sangat bagus hari ini walaupun sebenarnya kami boleh kalahkan Malta dengan keputusan yang lebih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya amat gembira kerana ini kali pertama kami beraksi di Kejohanan Dunia. Kami berjaya dapat apa yang kami mahukan untuk membanggakan negara,” kata Ain Nabila yang berasal dari Labuan.

Aleena pula tidak dapat menggambarkan perasaan terujanya sambil mengakui, kerjasama yang baik antara mereka berdua sebagai kunci kepada kejayaan bersejarah tersebut.

Pingat gangsa pula dikongsi bersama oleh gandingan England, Sophie Tolchard-Amy Pharaoh dan pasangan dari Scotland, Emma McIntyre-Claire Anderson.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia bergelar juara dunia di pentas Kejohanan Dunia adalah melalui kejayaan Safuan Said selepas menjuarai singles lelaki sewaktu edisi 2008 di Christchurch, New Zealand.

Selain Ain Nabilah dan Aleena, gandingan Muhammad Idham Amin Ramlan-Izzat Shameer Dzulkeple turut menggembirakan kem negara apabila meraih pingat gangsa pairs lelaki kelmarin. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications