Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Aina Abdul berhabis RM400,000 demi baju konsert


BUKIT JALIL – Penyanyi Aina Abdul membelanjakan RM400,000 bagi lima persalinan untuk konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung di Axiata Arena, malam tadi.

Jelas pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani itu, kesediaan mengeluarkan peruntukan besar untuk baju adalah demi kesempurnaan merealisasikan persembahan mega tersebut dalam segenap aspek.

“Saya memakai lima baju secara keseluruhannya tidak termasuk helaian rona putih yang pernah saya pakai ketika Anugerah Juara Lagu ke37 (AJL37) untuk lagu Terus Hidup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jujurnya nilai kesemua busana yang saya gayakan malam ini berjumlah sekitar RM400,000.

“Itu adalah kos untuk baju sahaja, tidak termasuk perbelanjaan lain melibatkan konsert,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya lebih lanjut mengenai persalinan kedua rona biru yang mempunyai elemen teknologi dan sains sehingga berjaya memaku pandangan penonton, penyanyi berusia 30 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan seperti dirancang.

Jelasnya, gaun tersebut teknologi menggunakan sistem yang dikawal rapi seorang jurutera yang berada di sisi pentas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Baju biru tersebut sebenarnya rekaan Zaimi Zulkafli yang menggabungkan elemen sains dan teknologi.

“Segala yang berlaku seperti keluar asap dan bunga bergerak pada baju itu sebenarnya dicipta khas oleh jurutera, ada individu yang bertanggungjawab mengawal di tepi pentas agar segala pergerakan berlaku seperti dirancang.

“Masa latihan baju tersebut gagal berfungsi, mujurlah ketika konsert semuanya berjalan lancar. Syukur dapat realisasikan impian saya memakai busana hebat sebegitu,” jelasnya pada sidang media usai konsert.

Mengulas lanjut mengenai busana tersebut, Aina mendedahkan bahawa teknologi yang digunakan pada pakaian itu sahaja menelan kos puluhan ribu ringgit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Segala elektronik dan coding pada baju tersebut mencecah RM35 ribu.

“Dalam baju itu sebenarnya ada ratusan wayar untuk menghasilkan segala yang kalian nampak,” katanya.

Malam tadi, penyanyi kelahiran Johor Bahru itu menghiburkan lebih 10,000 peminat setianya dengan deretan lagu hits termasuk dendangan daripada album terbaharunya, IMAJI.

Selepas Axiata Arena, Aina memaklumkan akan meneruskan konsert A Night With Aina Abdul 3.0 di Singapura pada 6 Januari tahun hadapan. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan. Kata...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications