Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Ainaa si jurutera suka lelaki kelakar


TIADA perkara yang mustahil dalam kamus hidup gadis pilihan Pesona Ahad pada minggu ini, Ainaa Nadhira Azman. Walaupun memiliki kerjaya impian sebagai jurutera perlombongan, namun gadis manis yang mesra disapa Aina ini mula menceburkan diri sebagai model produk kecantikan.

Baru-baru ini, wajah anak kedua daripada tiga beradik ini menghiasi papan iklan di­gital (billboard) di sekitar ibu negara.

Kepada Kosmo!­ Ahad, gadis berusia 26 tahun ini berkongsi­ mengenai dirinya terma­suk pengalaman bergelar
model.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom
Walaupun kerjayanya sebagai jurutera Ainaa mengakui dia minat berhias

Kosmo! Ahad: Ceritakan mengenai diri Aina?
Aina: Saya seorang yang lasak dan juga tidak boleh duduk diam. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuru­teraan (Kimia), Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Boleh dikatakan minat sudah wujud sejak kecil kerana bapa juga bekerja dalam bidang kejurute­raan. Namun apabila meningkat dewasa, saya mula minat berhias dan mengambil peluang menceburi modeling.

Bagaimanakah penglibatan sebagai model bermula?
Pada awalnya, saya mem­bantu kawan-kawan mencari model untuk produk mereka seperti baju dan barangan kecantikan. Pada awal tahun ini, saya mendapat panggilan daripada bekas rakan sekerja yang memaklumkan sebuah syarikat sedang mencari model dan tak sangka mereka memilih saya untuk menghiasi billboard bagi produk mereka. Memang terkejut, namun ia satu permulaan yang baik untuk saya.

Perancangan masa hadapan Aina?
Bidang kejuruteraan adalah pilihan tepat, tetapi menjadi model juga adalah perkara yang menyeronokkan. Saya bercadang untuk menjadikan model sebagai kerjaya sampingan. Untuk jangka masa panjang, sudah tentu saya memilih pekerjaan sebagai jurutera.

Momen yang tidak dapat dilupakan?
Berkunjung ke Gua Tempurung di Perak pada 2013, saya mengalami serangan panik di­sebabkan keadaan sempit dan gelap. Sepanjang tiga jam berada di dalam gua tersebut, saya berasa resah dan hanya menangis. Disebabkan itu, saya mengalami klaustrofobia atau trauma be­rada di tempat yang sempit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Saya sukakan lelaki yang kelakar, bergaya sederhana dan mudah untuk berbincang. Dari segi rupa paras, saya tidak kisah sangat cuma lebih gemar lelaki tinggi. Yang paling penting, dia pandai mengambil hati saya.

Harapan Aina apabila negara­ bakal memasuki peralihan fasa endemik?
Pelbagai protokol atau syarat akan dimansuhkan bermula 1 April ini, jadi setiap individu perlu memainkan peranan ma­sing-masing dengan tidak boleh mementingkan diri sendiri. Bagi mereka yang belum menerima dos penggalak, segera berbuat demikian kerana ia merupakan ‘perisai’ kita dalam melawan Covid-19.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement