Hi, what are you looking for?

Air Empangan Klang Gate Dilepaskan Berperingkat

Mamak News

Air Empangan Klang Gate Dilepaskan Berperingkat


Kuala Lumpur: Polis Daerah Ampang Jaya, kini dalam keadaan siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan susulan pelepasan air dari Empangan Klang Gate, Hulu Kelang, yang dilaporkan melepasi tahap bahaya.

Setakat ini sebanyak 25 peratus dari jumlah keseluruhan air dalam empangan berkenaan sudah dilepaskan secara berperingkat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, semua pegawai dan anggota di daerah Ampang Jaya diletakkan dalam keadaan siap sedia berhubung segala kemungkinan yang bakal berlaku susulan tindakan pelepasan air empangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pada masa ini keseluruhan kekuatan kita adalah membabitkan lima pegawai dan 32 anggota dari Balai Polis Melawati, Balai Polis Hulu Kelang, Balai Polis Ampang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, sendiri.

“Semua pegawai dan anggota itu akan terbabit dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya di Taman Melawati dan kawasan berhampiran,” katanya kepada BH.

Mohamad Farouk berkata, proses pertama pelepasan air dilakukan pada jam 11.50 malam.

BACA: Netizen Kongsi Rakaman Sekitar Giant Seksyen 13 Shah Alam Banjir

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sehubungan itu, saya meminta orang ramai untuk tidak panik dan pelaksanaan proses melepaskan air empangan dilaksanakan secara berhati-hati mengikut prosedur ditetapkan,” katanya.

Katanya, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, semua pegawai dan anggota akan segera dikerahkan pada bila-bila masa untuk bantuan kepada orang ramai khususnya penduduk di kawasan pentadbiran IPD Ampang Jaya.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa nyawa dan keselamatan diri serta keluarga anda menjadi keutamaan kami berbanding dokumen penting dan harta benda yang mungkin rosak akibat bencana,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro

Teruskan Membaca

Travel

0 Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Mamak News

0 Batal Atau Tak Kunyah Gula-Gula Getah Ketika Berpuasa? Ini Jawapan Mufti Di bulan Ramadan ini, pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah nafas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications