Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Air Kumbahan Melimpah, Abang “Maintenance” Tersenyum Pasrah


Air Kumbahan Melimpah, Abang “Maintenance” Tersenyum Pasrah

Rata-rata kita gemar bekerja dalam suasana yang selesa kan? Duduk selesa di atas kerusi pejabat yang ergonomik dalam bilik berpenghawa dingin.

Ketika menyiapkan tugasan ataupun memenuhi Key Performance Index (KPI) yang ditetapkan syarikat, kita biasanya ditemani dengan aroma pewangi bilik yang mendamaikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, bukan semua pekerjaan menjamin ruang lingkup tempat kerja yang selesa. Ada pekerjaan memaksa kita berpanas dan berkeringat atau berdepan dengan aroma kurang senang.

Salah satunya pekerjaan melibatkan sektor penyelenggaraan atau pekerja kebersihan. Pekerjaan ini boleh dianggap sebagai satu pekerjaan ekstrem dan bukan pilihan ramai.

Namun jangan salah anggap, pekerjaan dalam sektor ini sebenarnya sangat penting dan menjamin kelancaran hidup sesebuah komuniti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Biasanya, kita kerap mengeluh ketika waktu penyelenggaran paip berjalan di kawasan perumahan kita kan? Lebih-lebih lagi apabila kerja-kerja tersebut menyebabkan aktiviti harian kita tergendala.

Akan tetapi, kebanyakan kita tidak tahu apa yang perlu ditempuhi oleh abang-abang yang berkerja di sektor penyelenggaraan apabila ada paip yang tersumbat.

Air kumbahan melimpah, abang ni hanya mampu tersenyum

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan sebuah video TikTok kiriman pengguna Syedlohai (@syedlohai), memaparkan keadaan ketika menjalankan tugasnya sebagai penyelenggara paip.

Dalam video yang berdurasi 22 saat, seorang lelaki dipercayai rakan sekerjanya kelihatan ‘pasrah’ ketika menahan limpahan air kumbahan daripada saluran paip.

‘Abang paip’ itu kelihatan tersenyum sahaja semasa melihat limpahan air berkenaan mengalir dengan sangat deras. Apatah lagi mengambil kira sebahagian pakaiannya dan badan turut terkena air kumbahan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak perlu kita ulas panjang, rasanya semua sudah sedia maklum kan apakah ‘kandungan’ biasa yang ada dalam air kumbahan.

Walaupun berdepan dengan cecair yang kotor dan berbau kurang enak, nyata abang berkenaan begitu cekal dan tabah melaksanakan tanggungjawabnya.

Selepas arus limpahan air berkenaan mulai reda, penyelenggara tersebut menanggalkan bahagian paip untuk mempercepatkan lagi aliran air kumbahan ke lantai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@syedlohai

kerja kami mencabar… #maintenance #lovemyfamily💞 #stayhumble #fypmalaysia🇲🇾tiktok #fypシ #fyp

♬ original sound – syedlohai – syedlohai

“Kerja kami mencabar,” tulis kapsyen video berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak dinafikan tugasan tersebut amat berat dan hanya individu yang cekal dapat melakukannya dengan baik.

Reaksi warganet terhadap video tersebut

Video ‘abang maintenance’ berkenaan telah meraih perhatian daripada warganet Malaysia apabila ia meraih sebanyak satu juta tontonan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, video tersebut turut mendapat 49.7k likes dan 4023 komen setakat ini.

Beberapa pengguna TikTok telah memberikan komen dan ‘tabik spring’ terhadap tugasan hakiki Syed tersebut.

| Kampungmamakcom Abang Paip Tersenyum Air KumbahanKredit: TikTok

Ada warganet yang merasakan golongan yang berkecimpung dalam bidang tersebut layak menerima pelbagai keistimewaan disebabkan tugasannya yang ekstrem.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit: TikTok

Ada juga yang sempat mengeluarkan kata-kata pujangga yang mendalam berkenaan ragam-ragam manusia.

| Kampungmamakcom Abang Paip Tersenyum Air KumbahanKredit: TikTok| Kampungmamakcom Abang Paip Tersenyum Air KumbahanKredit: TikTok

BACA: UAI Diserbu Peminat Di SOGO KL, Ramai Bergambar Sampai Pelancong Hairan

Sumber: @syedlohai via TikTok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air yang sepatutnya berlangsung pada 24 Februari ini ditunda ke tarikh baharu iaitu...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi Hasif Upin menitiskan air mata berdepan kecaman melampau netizen ketika berduet lagu Waktu dengan Ziana Zain di Separuh Akhir...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Filem arahan sutradara kelahiran Taiping, Perak, Lay Jin Ong berjudul Abang Adik mencipta sejarah tersendiri apabila memecah rekod panggung di...

Hiburan

3s PERJALANAN kisah cinta antara Shah Rukh Khan (SRK) dan isterinya, Gauri Khan tidak ubah umpama jalan cerita yang sering dipersembahkan dalam filem-filem Hindustan....

Advertisement