Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Ajak dunia kecam Iran, PM Israel berlagak seperti ‘hero’ dunia


NEW YORK: Tindakan Israel ‘cucuk’ dunia supaya Iran dilihat paling bermasalah hanya ibarat kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.

Sepatutnya, Zionis Israel meneliti setiap ‘dosa besar’ yang dilakukan daripada membelek kesilapan negara lain.

Dunia selama ini bahkan hanya memejamkan mata, memekakkan telinga dan membisukan mulut terhadap 1001 jenayah kemanusiaan Israel yang menghalalkan darah rakyat Palestin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perdana Menteri Israel, Yair Lapid yang berlagak seperti hero dunia menyeru masyarakat antarabangsa menggunakan kekuatan ketenteraan jika Iran membangunkan senjata nuklear.

| Kampungmamakcom
YAIR LAPID

Lapid malah berkata, Israel sudah melakukan serangan diplomatik yang sengit sejak beberapa bulan kebelakangan ini dalam usaha memujuk Amerika Syarikat (AS) dan kuasa utama Eropah seperti Britain, Perancis dan Jerman supaya tidak memperbaharui Perjanjian Nuklear Iran 2015.

Sejak 10 hari lalu, ramai pegawai mencadangkan perjanjian itu tidak diperbaharui sehingga pertengahan November depan.

Perjanjian itu pernah dibatalkan oleh Presiden AS ketika itu, Donald Trump pada 2018.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Satu-satunya cara untuk menghalang Iran daripada mendapatkan senjata nuklear ialah meletakkan ancaman ketenteraan yang boleh dipercayai di atas meja.

“Hanya selepas itu, urusan lebih lama dan lebih kukuh dengan mereka boleh dirundingkan.

“Iran perlu jelas jika membangunkan program nuklear, dunia bukan lagi memberi amaran tetapi akan bertindak balas dengan kekuatan tentera,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

Menurut Lapid, Israel sendiri akan sedia terlibat jika berasa terancam.

“Kami akan lakukan apa sahaja yang diperlukan. Iran tidak akan mendapat senjata nuklear,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dari podium UNGA, Lapid menuduh kepemimpinan Teheran menjalankan ‘orkestra kebencian’ terhadap orang Yahudi dan ideologi Iran ‘membenci dan membunuh orang Islam yang berfikiran berbeza seperti Salman Rushdie dan Mahsa Amini.
Israel yang menganggap Iran sebagai musuh utama, turut menuding jari terhadap Teheran kerana membiayai pejuang bersenjata termasuk Hizbullah Lubnan dan Hamas Palestin.

PENYELESAIAN DUA NEGARA

Lapid juga mengulangi sokongan untuk mewujudkan negara Palestin yang ‘damai’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun wujud ‘halangan’, katanya, perjanjian dengan Palestin adalah berdasarkan konsep dua negara untuk dua orang.

Beliau menyakini ia adalah konsep yang betul demi keselamatan, ekonomi dan masa depan anak-anak Israel.

“Majoriti rakyat Israel menyokong penyelesaian dua negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami hanya menetapkan satu syarat iaitu negara Palestin akan aman pada masa hadapan,” jelasnya.

Presiden AS, Joe Biden turut mengalu-alukan sokongan ‘berani’ Lapid mengenai penyelesaian dua negara.

Dua hari sebelum itu, Biden memperbaharui sokongannya untuk penubuhan negara Palestin, tetapi tidak memberi petunjuk mengenai sebarang inisiatif keamanan baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rundingan damai Israel-Palestin terhenti sejak 2014.

Israel menjajah Baitulmuqaddis Timur dan Tebing Barat sejak 1967 dan pada 2007, mula mengenakan sekatan terhadap Semenanjung Gaza, wilayah Palestin yang dikawal oleh kumpulan pejuang Hamas.

Sejak 2008, Hamas dan Israel melancarkan empat peperangan yang turut disertai Jihad Islam yang merupakan gerakan bersenjata kedua terbesar di Gaza.-AFP

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement