Hi, what are you looking for?

Mamak News

Ajal rempuh kereta buat pusingan U di garisan berkembar


PASIR PUTEH – Seorang pemandu jengkaut maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U di garisan berkembar di Kilometer 18.5, Jalan Melawi – Kuala Besut berhampiran sebuah stesen minyak di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.14 pagi itu, mangsa, Shaiful Harbi Yusuff, 43, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami pendarahan pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun sedang dalam perjalanan dari Tok Bali ke Pachakan di sini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai telah memberi isyarat untuk membuat pusingan U dengan membelok ke kanan.

“Pada masa sama, motosikal jenis Y150ZR yang ditunggang mangsa berada di arah sama telah merempuh sisi kanan bahagian pintu pemandu kereta tersebut.

“Insiden itu menyebabkan Shaiful Harbi terjatuh di atas jalan raya sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zaizul Rizal berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan mendapati, kemalangan berpunca daripada kereta jenis Perodua Myvi yang membuat pusingan U di laluan garisan berkembar sebelum dirempuh motosikal mangsa.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Kanak-kanak Melecur, Sinki Meletup Jiran Cuci Guna Serbuk Soda Dua kanak-kanak melecur selepas terkena cecair dipercayai serbuk soda yang berpunca dari letupan saluran...

Mamak News

0 WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengumumkan sekatan visa baharu terhadap Taliban sebagai tindak balas terhadap larangan pekerjaan dan pendidikan untuk...

Mamak News

0 Lebih 15,000 restoran di seluruh negara mula menawarkan Menu Rahmah berharga RM5 bagi hidangan makanan tengah hari atau makan malam untuk golongan B40...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon Rashidi Ishak dikhabarkan sudah menamatkan zaman duda dengan pengarah, Wan Hasliza Wan Zainuddin. Perkara tersebut didedahkan jurumekap, Mas Hashim...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications