Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Tempatan

Akad Nikah, Kenduri Di Kelantan Dibenarkan Dengan Kapasiti 50 Peratus Luar Premis


KOTA BHARU, 10 Jan (Bernama) — Majlis akad nikah dan kenduri di Kelantan dibenarkan dengan pematuhan 50 peratus kapasiti ruang premis dan penjarakan fizikal, setelah negeri ini berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dalam kenyataan hari ini berkata pelaksanaan itu tertakluk kepada individu yang telah lengkap menerima vaksin dan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun juga dibenarkan hadir dengan mematuhi protokol kesihatan umum.

“JAHEAIK menerusi Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam turut memutuskan semua kursus

Advertisement. Scroll to continue reading.

praperkahwinan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) dijalankan secara dalam talian. Begitu juga dengan Khidmat Nasihat dan Runding Cara akan dijalankan secara dalam talian serta bersemuka mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya.

Sebarang arahan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Kementerian Kesihatan (KKM) dari semasa ke semasa adalah terpakai dan arahan pentadbiran yang dikeluarkan sebelum ini adalah terbatal.

Kelantan beralih ke Fasa 4 PPN berkuat kuasa 3 Januari lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement