Sejak kebelakangan ini, ramai yang bercerita tentang peluang kembangkan wang secara yang sah di pasaran saham Malaysia. Bila dengar ini, mesti korang dah mula bersemangat nak buka akaun saham (CDS) kan?
Bila korang dah buka akaun saham dan sudahpun terima email tentang pengaktifan akaun dari Maybank Investment. Maka langkah seterusnya boleh beli saham adalah dengan memasukkan wang ke dalam akaun trading.
Sekarang kan senang je, transfer guna bank atas talian je. Maacam mana cara? Ha, ini SK nak kongsikan dengan korang tentang tips dan langkah yang perlu korang buat.
Langkah ini dikongsikan oleh Asri Ahmad Academy bagi memudahkan korang semua memasukkan wang ke dalam akaun trading Maybank. Lagi senang kalau ada akaun Maybank2u.
1. Layari laman web Maybank2u.
2. Log in ke akaun Maybank2u

3. Pilih ‘Pay & Transfer’

4. Cari ‘Maybank Investment Bank Berhad’

5. Masukkan jumlah yang diingini dan lengkapkan maklumat yang diminta

6. Klik ‘Request’ untuk dapatkan nombor TAC

7. Masukkan nombor TAC dan klik ‘confirm’

8. Permindahan wang ke dalam akaun mengambil masa lebih kurang 6 jam setelah transaksi berjaya

9. Pergi ke bahagian menu Trade Online

10. Masukkan maklumat yang diminta (klik ‘install’ semua pop-up yang keluar)

11. Klik menu ‘My Account’ dan pilih ‘Account Summary’

12. ‘Trust Balance’ akan tunjukkan jumlah wang yang berada dalam akaun Trading.

Mudah je kan cara nak masukkan wang ke dalam akaun Trading Maybank? Jadi, korang dah boleh mencuba sekarang.
Sumber: Asri Ahmad Academy
