Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Aksi Gavi ‘lekat’ di mata Enrique


DOHA – Pengendali Sepa­nyol, Luis Enrique percaya Gavi mampu menjadi salah seorang bintang dunia selepas berjaya merekodkan jaringan pertama di pentas Piala Dunia ketika mem­belasah Costa Rica 7-0 dalam aksi pertama Kumpulan E, awal pagi semalam.

Kualiti yang diserlahkan pemain berusia 18 tahun 110 hari itu muncul penjaring gol kedua termuda di Piala Dunia sejak Pele melakukannya pada edisi 1958 ketika usianya 17 tahun 249 hari.

“Saya tidak tahu, namun saya harap dia akan terus bermain dengan baik dan cuba tampil agresif ketika situasi tanpa bola. Dia pemain yang unik dan agak berbeza kerana dia baharu saja berusia 18 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Berdasarkan apa yang dipamerkan, personalitinya tidak ubah seperti pemain yang berpengalaman. Ada kalanya dia perlu lebih tenang dan sudah pasti saya gembira dia berada dalam pasukan.

“Saya fikir dia akan menjadi salah seorang daripada bintang bola sepak dunia,” katanya.

Ferran Torres menjaringkan dua gol, manakala Alvaro Morata, Carlos Soler, Gavi, Marco Asensio dan Dani Olmo masing-masing menyumbangkan satu jaringan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Awal pagi Isnin ini, Sepanyol akan berdepan ujian sebenar apabila dijadualkan menentang Jerman yang kini begitu terdesak untuk mencari kemenangan selepas Die Mannschaft dikejutkan 2-1 oleh Jepun.

Bagaimanapun, Enrique percaya kemenangan besar beri keyakinan buat anak buahnya, namun kekal waspada dengan ancaman yang mampu dihadirkan Jerman.

“Kami perlu faham perkara paling utama adalah soal minda dan kami sudah pun bekerjasama dengan pihak psikologi sejak sekian lama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada mulanya, pendekatan ini mungkin sesuatu yang cukup asing, namun ia sudah memberikan hasil yang baik.

“Saya kenal kelompok pemain pemain yang kita ada, mereka begitu kompetitif dan mereka tidak akan mengendurkan aksi pada perlawanan akan datang. Jika mereka mampu tewaskan kami, kami perlu katakan yang mereka adalah pasukan lebih bagus,” jelasnya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement