Hi, what are you looking for?

Hiburan

Akui persis Rose Blackpink, peminat minta Anis sedar diri


PETALING JAYA — Isteri kepada penyanyi popular, Haqiem Rusli sekali lagi menjadi bahan kecaman netizen gara-gara menyebut dirinya seperti ahli kumpulan Blackpink, Rose.

Perkara yang diakui Anis atau nama penuhnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri menerusi perkongsian video di TikTok turut tular dan dijadikan sendaan.

“Kenapa saya nak ‘feeling-feeling’ jadi K-Pop? Sebab saya rasa saya macam Rose (Blackpink),” ujarnya sambil ketawa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rentetan pengakuan itu, rata-rata netizen menyifatkan wanita berusia 21 tahun itu syok sendiri selain terlampau yakin apabila menyamakan dirinya persis penyanyi terkenal Korea Selatan tersebut.

“Rose ke Rosnah Mat Aris, berhenti berangan dik, sedar diri kau,” ujar seorang netizen.

“Mana awak dapat keyakinan ni dik? Berpijaklah pada bumi yang nyata,” tulis seorang pengguna media sosial lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkongsian sama, wanita asal Kelantan itu turut menyelitkan pesanan suaminya yang menasihatkan dirinya agar menjaga maruah sebagai seorang isteri.

“Nasihat Haqiem (suami), dia suruh saya jaga maruah sebagai seorang isteri. Itulah nasihat yang paling saya ingat,” jelasnya.

Sebelum ini, Anis pernah dihentam teruk apabila dia dilihat sudah tidak berhijab dan hanya mengenakan selendang yang memperlihatkan bahagian rambutnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, dia memilih untuk mengunci mulut apabila tidak memberi sebarang kenyataan atas kecaman mengenai isu terbabit.

Untuk rekod, Anis dan Haqiem mendirikan rumah tangga isteri di Masjid Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November 2021. — KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini....

Mamak News

0 PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bantu ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang...

Sukan

0 MADRID – Penyerang antarabangsa Perancis, Karim Benzema akhirnya sah menyertai kelab juara Liga Arab Saudi, Al Ittihad selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications