Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Ali Puteh jual kereta, trofi lunas hutang


PETALING JAYA – Berusaha melunaskan hutang kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali, pelawak Ali Puteh menjual satu persatu barangan peribadi termasuk kereta, motosikal serta trofi.

Dalam hantaran Instagram seorang individu yang juga rakannya, momen melepaskan kenderaan tersebut sarat dengan rasa sebak sehingga isterinya, Melati Fitri Abdullah menitiskan air mata.

“Honda Accord, ‘sold’. Terima kasih hamba Allah ini datang dari Johor Bahru. Sangat mudah berurusan,” tulis keterangan video dalam laman sosial berkenaan.

Menerusi paparan tersebut, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, dilihat memeluk serta menenangkan insan tersayang yang tidak mampu menahan sebak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum itu, dalam Instagram sama sebuah motosikal RXZ rona merah yang dikatakan milik adik kepada Allahyarham Abam Bocey itu juga sudah mendapat pemilik baharu.

Paling mendapat perhatian pengikut pelawak terbabit adalah ketika dia bersama isteri dan rakannya itu mengumpulkan piala kemenangan beberapa program realiti, dua hari lalu.

Menurut individu yang menggunakan akaun di bawah nama Pojie, kesemua trofi yang berada dalam gambar berkenaan sudah dijual.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sold. Sayang memang sayang. Terjual semua piala kenangan (program lawak). Insya-Allah ada rezeki lain nanti Ali Puteh dan Melati Fitri,” tulisnya.

Antara yang kelihatan adalah trofi Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, trofi Projek Komedi Warna dan satu lagi pertandingan lawak.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji tindakan Ali berusaha melunaskan hutang dengan pelbagai cara.

“Permulaan yang baik, moga selepas ini terus dimurahkan rezeki dan mendapat tawaran berlakon melimpah ruah,” kata seorang netizen.

“Tidak mengapa. Selesaikan yang ini dulu. Insya-Allah ada rezeki lain, lapangkan hati,” tulis pemilik sebuah akaun media sosial lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 2022, Ali Puteh diperintah Hakim Mahkamah Sesyen supaya membayar Siti Nor Hidayah Mohd. Ali sebanyak RM60,000 berhubung kenyataan mengaibkan wanita terbabit dalam Instagram. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement