Hi, what are you looking for?

Hiburan

Alif Satar elak lakonkan adegan intim, bukan berlagak alim


KUALA LUMPUR – Selebriti versatil Alif Satar mengakui mempraktikkan prinsip mengelak daripada terjebak adegan mesra atau intim dengan mana-mana pelakon wanita dalam drama mahupun filem lakonannya.

Kata Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 32, pendekatan tersebut diambil bukan kerana mahu ‘berlagak alim’ tetapi sebagai menghormati statusnya sebagai suami, bapa dan paling penting, mengikuti syariat Islam.

“Saya memang mempraktikkan perkara ini dalam kerjaya sebagai seorang pelakon iaitu elak daripada melakonkan babak mesra atau intim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Perkara itu bukan saja-saja saya lakukan tetapi kerana saya seorang Muslim, suami dan ada anak-anak,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis pelancaran Hausboom Music 2022 di sini semalam.

Pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu turut menjelaskan, dia hanya akan melakukan perkara simbolik sekiranya memerlukan lakonan babak sedemikian.

Ujarnya, pendirian tersebut juga turut dipengaruhi pandangan masyarakat, terutama penonton drama Melayu yang dilabelkan semakin bijak dan arif berkaitan hukum-hakam agama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Memang saya akui sangat mencabar berlakon babak mesra dengan pelakon wanita dan hari ini, jika saya nak pegang tangan pun memang berlapik, itupun waktu yang memang memerlukan sahaja.

“Contohnya, ada babak malam pertama dalam drama Risik Pada Hati baru-baru ini, kami tidaklah lakukan aksi tidak senonoh, hanya beri salam. Sekadar simbolik.

“Penonton drama sekarang ada yang sangat islamik dan mereka sedar batas. Jika mereka kata kurang elok, elakkan daripada melakukannya,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai pelakon, bapa kepada tiga cahaya mata itu mengakui mahu memberikan yang terbaik namun perlu sedar natijah yang harus dihadapi sekiranya melakonkan babak intim.

Bagaimanapun, teraju utama drama Pia itu berpendapat setiap pelakon mempunyai cara dan pendirian sendiri dalam menjayakan aksi mesra dalam mana-mana naskhah.

“Memang nak beri terbaik tetapi hakikatnya, kena fikir lebih jauh tentang impak kalau jayakan babak sebegitu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bila cakap begini, orang akan cakap acah-acah alim tetapi ini yang saya praktikkan.

“Selalunya, saya akan berbincang dengan pelakon lain bagaimana untuk menjayakan babak tersebut.

“Apapun, setiap pelakon mempunyai cara tersendiri dan ikutlah keselesaaan masing masing. Saya pun tak mahu ulas panjang mengenai hal ini,” katanya ketika diminta mengulas isu babak mesra dalam lakonan bersama pelakon wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akhir-akhir ini, adegan mesra pelakon lelaki dan wanita menjadi isu sensitif dan pantas menular dalam media sosial sehingga menjadi bahan kecaman netizen. Antara yang terkait termasuklah Shaz Jazle, Aliff Aziz dan Zul Ariffin. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement