Hi, what are you looking for?

Mamak News

Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza 8


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PUTRAJAYA – Peserta yang disebut-sebut sebagai anak emas Astro, Aliff Aziz akhirnya dijulang sebagai juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Selepas 10 minggu berentap, penyanyi kelahiran Singapura itu sebenarnya memecah jangkaan ramai apabila berjaya menundukkan lima peserta lain, terutama Nikki Palikat dan Suki Low yang disebut-sebut sebagai juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Pada persembahan akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebentar tadi, Aliff menambat hati para juri dengan membawakan lagu Sampai Syurga serta duet bersama Hafiz Shuib menerusi lagu Dealova manakala saingan battle pula bersama Aweera menerusi lagu Budak Flat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berada di kedudukan naib juara pula ialah Nikki yang membawa pulang wang tunai RM50,000.

Tempat ketiga pula milik Suki yang berjaya membawa pulang RM30,000 dan Adibah Noor mengungguli tangga keempat dengan membawa pulang RM20,000.

Dalam pada itu, Azan Scan sekadar berpuas hati meraih kedudukan kelima dengan membawa pulang wang tunai RM15,000, manakala Aweera berada di tangga keenam dan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dikendalikan duo pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse, persembahan konsert akhir GV8 diadili tiga juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Joe Flizzow.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. UMUM tahu tentang kisah cinta antara Yasmin Hani dengan pelakon sedang meningkat naik Alif Hadi. Nampaknya mereka pun...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. WOKING – Pelumba pasukan McLaren, Daniel Ricciardo dilaporkan meminta pasukan itu membayar pampasan cukup tinggi sekiranya mereka berkeras...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TALLAHASSEE: Beberapa sekutu rapat bekas Presiden Amerika Syarikat (AS),  Donald Trump berasa berang dan menuntut penjelasan segera berhubung...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Seorang lelaki warga emas ditahan pagi semalam selepas dikesan memandu kereta secara melawan arus di Lebuh...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications