Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Aliran Trafik Perlahan Di Kebanyakan Lebuh Raya Malam Ini


KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) — Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat 11 malam ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik menuju ke utara dan selatan lebuh raya itu perlahan berikutan orang ramai masih melakukan perjalanan ke destinasi masing-masing bagi sambutan Tahun Baharu Cina pada Selasa depan.

“Aliran trafik bagaimanapun dijangka mengalami peningkatan pada sebelah pagi Rabu,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga bergerak perlahan namun terkawal setakat ini.

“Trafik di kebanyakan tol seluruh negara masih lancar namun trafik sebelum masuk Plaza Tol Gombak didapati mula perlahan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement