Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Allahyarham Fiza Kamaruddin selamat dikebumikan


KUALA LUMPUR – Selepas seminggu, jenazah Allahyarham Siti Nor Hafizah Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Fiza Kamarudin yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Charing Cross di London, United Kingdom selamat dikebumikan pukul 12.50 tengah hari di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih.

Lebih 200 hadir mengiringi Allahyarham termasuk rakan wartawan selain keluarga.

Awal pagi tadi, jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA) pada pukul 6.47 pagi dari London.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas selesai urusan di KLIA, Allayahram terus dibawa ke Masjid Kampung Baru untuk solat jenazah.

Terdahulu, industri kewartawanan tanah air berduka selepas dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham yang meninggal dunia di London ketika bercuti di sana akibat pendarahan otak.

Fiza, 40, dilaporkan pengsan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, sewaktu menunggu penerbangan pulang ke Malaysia selepas bercuti ke negara tersebut sejak pertengahan Disember lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Allahyarham merupakan bekas pesakit kanser payudara namun sel barah berkenaan dikatakan kembali aktif selepas enam tahun disahkan bebas daripada penyakit tersebut.

Lebih memilukan, percutian yang dirancang ke London kali ini merupakan hajat terakhir Allahyarham bagi menunaikan janji bersama anak iaitu Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement