Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

Alya Iman sudah berani pakai singlet, menari, bergelek


PETALING JAYA – Pelakon juga model popular, Alya Iman tidak pernah gagal meraih perhatian netizen apabila penampilan terbaharu kini didakwa semakin terbuka mendedahkan gaya hidup untuk perhatian khalayak.

Menerusi video TikTok yang dipercayai dimuat naik kawannya sendiri, mereka dilihat sama-sama ‘berani mati’ hanya memakai singlet warna kulit dipadankan dengan seluar palazzo menari dan bergelek mengikut rentak lagu nyanyian Shakira, Hips Don’t Lie.

Bagaimanapun, video aksi lincah mereka berdua itu dipercayai telah dipadam selepas menerima hentaman serta caci maki netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, video tersebut berjaya dimuat naik semula beberapa pengguna akaun TikTok lain termasuk beberapa portal hiburan.

Meninjau ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen menyifatkan wanita muda yang dahulunya model Muslimah itu terkena kejutan budaya dan pengaruh rakan sebaya.

“Gelek lagi dik, sebab itu kena cari kawan yang baik, kalau betul jalannya, maka elok la hidup kita. Terkinja-kinja macam ni takkan buat ibu bapa bangga,” komen netizen itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mesti arwah bapa awak kecewa, menangis dia dalam kubur tengok anak dia perangai macam ni. Iman memang tak dapat diwarisi,” tulis seorang pengguna lain.

Terdahulu, anak bongsu kepada pelakon dan pendakwah, Allahyarham Azmil Mustapha itu mengakui dirinya tidak lagi berhijab dan membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung.

Jelasnya, keputusan yang dibuat itu selepas berbincang dengan keluarga selain lebih selesa menjadi diri sendiri tanpa bersikap hipokrit dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement