Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Amaran Banjir Kilat Di Semenanjung Dan Sarawak


Amaran banjir kilat di Semenanjung dan Sarawak – METMalaysia

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran risiko banjir kilat serta ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak dalam tempoh 24 jam bermula hari ini.

MetMalaysia menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) hari ini memaklumkan hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di Pulau Pinang iaitu Nibong Tebal, Bukit Mertajam, Butterworth dan beberapa mukim sekitar negeri itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hujan lebat dan ribut petir turut dijangka berlaku di beberapa lokasi berisiko di sekitar Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Manjung di Perak, manakala di Kedah pula melibatkan kawasan Kuala Muda, Bandar Baharu dan Kulim.

Di Sarawak pula melibatkan kawasan Limbang, selain diramal penumpuan angin di barat dan tengah negeri itu dalam tempoh 16 hingga 18 Nov yang berpotensi menyebabkan ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga malam.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Khabar duka buat kem badminton negara apabila dua jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan...

Sukan

3s SEPANG – Pasukan Ducati membuktikan mereka benar-benar bersedia untuk menghadapi perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim 2024 ini selepas garang dengan mendominasi...

Sukan

0 PETALING JAYA – Dua pemain skuad kebangsaan Bahrain, Moses Atede dan Abdulla Yusuf Helal dijangka mampu jadi duri dalam daging buat skuad Harimau...

Sukan

3s PETALING JAYA – Pasukan Korea Selatan menepati ramalan apabila berjaya memulakan kempen Piala Asia 2023 dengan langkah kanan selepas menewaskan Bahrain 3-1 pada...

Advertisement