Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

‘Amaran Kepada Perempuan Diluar Sana’, Lelaki Kantoi Rakam Wanita Dalam Tandas


Hati-hati kalau nak singgah tandas stesen minyak, lebih-lebih lagi para wanita

‘Amaran Kepada Perempuan Diluar Sana’, Lelaki Kantoi Rakam Wanita Dalam Tandas. Satu hantaran di Facebook tular apabila seorang individu menceritakan kisahnya ‘menemui’ seorang lelaki merakamnya di dalam tandas sebuah stesen minyak di Ranau, Sabah.

“Saya dari lahad datu betolak ke kota kinabalu pukul 8 malam dan sampai di petronas ranau pukul 12:50am, lalu kami berhenti untuk ke tandas,” jelas wanita itu yang memberhentikan kenderaannya di stesen minyak bersama suami.

“Saya pergi ke tandas wanita dimana ada dua tandas didalam, saya pergi ke tandas paling hujung tapi malangnya tandas tersebut terkunci, mulanya saya berfikir pihak petronas mengunci tandas tersebut. Jadi, saya pergi ke tandas sebelah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mula rasa seram kerana meihat kelibat di tandas sebelah

Dalam pada itu, wanita itu menyatakan ketika membuang air kecil, dia menyedari pergerakan di tandas bersebelahan melalui air di lantai, yang pada mulanya dia rasa pelik kerana bunyi air di sebelah tidak kedengaran.

“Saya berasa seram terdetik dalam hati untuk menoleh ke atas tandas (jenis tandas terbuka atas & bawah) alangkah terkejutnya saya apabila melihat camera telefon menghala tepat ke arah saya, saya sempat teriak ‘hoi’,” ujar wanita itu yang tidak sangka perkara buruk itu terjadi kepadanya di stesen minyak.

Wanita itu dengan beraninya pergi ke tandas sebelah dan memaksa lelaki yang mengintainya keluar, tetapi dia tidak menjawab, lantas dia menendang pintu tandas itu beberapa kali sehingga terbuka, dan dia terkejut melihat lelaki berusia 20-an itu merakamnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ayat yang pertama dia sebut ialah ‘aku padam kak’ tapi saya terus rampas telefonnya dari tangannya dan terus memanggil suami saya di parking kereta petronas.

Sudah lapor kepada pihak polis, Ranau

Wanita itu dan suaminya dipercayai membawa lelaki itu ke balai polis Ranau untuk tindakan lanjut, dan video itu juga telah diserahkan kepada polis untuk dijadikan bahan bukti.

“Saya minta post ini diviralkan agar tiada lagi wanita-wanita diluar sana yang menjadi mangsa seperti saya. Mohon jadikan iktibar dan hati-hati menggunakan tandas awam,” nasihatnya kepada wanita di luar sana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca juga kisah yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Sukan

3s SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara meneruskan rentak cemerlang pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 apabila mudah membenam Kazakhstan 5-0 dalam...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon Azri Iskandar menangkis dakwaan segelintir individu yang menuduhnya sebagai kaki kikis apabila dikatakan suka mengambil kesempatan terhadap wanita. Kata...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Selepas dua tahun bercinta, penyampai radio atau deejay Fly FM, Arieff Yong melamar kekasih asal Sepanyol di sebuah pawagam pada...

Advertisement