Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Ambil Iktibar Isu Wanita Buat ‘Live’ Mengamuk, Doktor Senarai Empat Perkara Yang Perlu Dijauhkan


Media sosial kini sudah menjadi medium komunikasi penting dalam kehidupan seharian masyarakat dunia moden.

Di sebalik manfaat media sosial, tidak dinafikan ada bahaya yang menanti jika kita menjadikan teknologi ini sebagai ‘tuan’ kerana secara tidak sedar menjadi ‘hamba’ yang menagih kepuasan daripadanya.

Seperti isu tular yang membabitkan seorang ibu mengamuk mempertahankan anaknya kerana dituduh mencuri di sebuah kedai serbaneka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sambil memarahi pekerja kedai di situ, wanita tersebut turut membuat siaran langsung di media sosial mungkin mahu memberi ‘pengajaran’ tetapi sebaliknya tindakan itu telah memakan diri apabila dikecam orang ramai.

Bagaimanapun, insiden tersebut telah diselesaikan dengan baik menerusi penjelasan lanjut daripada wakil 7Eleven dan wanita itu juga turut membuat permohonan maaf atas perkara yang berlaku.

Dalam pada ramai yang mengecam kelakuan ibu dan anak itu, ada beberapa pihak yang simpati dengan nasib si anak yang seolah-olah ‘diheret’ ke dalam situasi tersebut yang disifatkan tidak matang serta keterlaluan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Iktibar Isu Tular Empat Perkara Dijauhkan

Menerusi sebuah hantaran seorang pengguna Facebook yang juga seorang doktor, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menyatakan bahawa tindakan wanita itu yang menyerang pekerja kedai dalam keadaan marah di hadapan anak bukanlah cara yang baik.

Saya amat risau dengan keadaan si anak dalam rakaman video viral yang melibatkan si ibu yang marah-marah kepada pekedai tu.

Itu bukan cara yang baik untuk membela, atau membersihkan nama anak. Itu lebih mencemarkan imej dan maruah dia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tak kisahlah jika sama ada ia taktik pemasaran, bahan publisiti, atau sekadar konten media sosial. Ia pastinya akan beri kesan negatif.

Wajah anak terpapar, dalam keadaan yang agak mengaibkan. Kemudian, dikaitkan pula dengan tuduhan salahlaku.

Risau si anak tu akan jadi mangsa ejekan kawan-kawan serta kenalan. Kalau itu berlaku, pasti beri impak buruk pada si anak itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Harap-harap itu tak berlakulah.

Bila perasaan marah sedang membuak-buak, mohon jauhkan diri daripada 4 perkara ini:

1. Pencetus
2. Bercakap
3. Media sosial
4. Senjata

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika tidak, kelak pasti akan menyesal.
Oh ya, jauhkan anak sekali. Takutlah anak menjadi mangsa amarah, atau mencontohi kita.

Menurut Mary Aiken, seorang pakar psikologi-siber forensik (forensic cyberpsychologist), di media sosial, sesetengah orang berfikir dan bertindak dengan berpandukan naluri yang biasa digunakan di alam nyata yang mana cara ini boleh menyumbang kepada masalah dan memberi kesan terhadap psikologi.

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s PENCABAR takhta Liga Hi Malaysia (MHL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menunjukkan aksi meyakinkan selepas membelasah wakil China, Pasukan Hi Liaoning 13-1 pada...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Sukan

3s LONDON – Juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2020, Joan Mir mengakui saingan kali ini merupakan tahun paling getir dalam kariernya selepas bermula dengan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan...

Advertisement