Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Ambil Tahu, Ini Perkara Perlu Dilakukan Sekiranya Bekerja Secara “Freelance”


Cukai: Ambil Tahu, Ini Perkara Perlu Dilakukan Sekiranya Bekerja Secara “Freelance”

Sekiranya anda bekerja sebagai bebas atau freelance, ada beberapa perkara yang perlu diambil tahu antaranya pembayaran cukai.

Walaupun dunia sedang menuju ke arah kemajuan, namun masih ramai lagi yang tidak tahu mengenai perkara ini dan memandang remeh terhadap pembayaran cukai kerana bekerja secara sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, seorang wanita bernama Paulina Henry berkongsi kepada orang ramai berkenaan cara yang perlu dilakukan jika bekerja secara bebas.

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Perkara perlu dilakukan sekiranya bekerja secara bebas atau sendiri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ramai orang tanya saya pasal ini. Jadi, secara ringkas begini langkahnya.

Kalau kau seorang penjual sayur tepi jalan atau seorang pemain muzik bebas atau jurusolek bebas (MUA) apa perlu kau buat?

1. Daftar syarikat enterprise atau lesen trading (murah saja yuran, kurang rm100).

Advertisement. Scroll to continue reading.

2. Buka akaun atas nama syarikat yang didaftarkan tadi. Cari bank yang tidak perlu rujukan, siap sedia deposit RM1,000, dokumen pendaftaran syarikat dan buat satu cop rasmi syarikat (RM35 saja). Selepas akaun berjaya dibuka, RM1,000 tu boleh dikeluarkan juga.

Akaun begini nama dia Akaun Semasa (Current Account) dan kau boleh keluarkan balik RM1,000 tu. Tidak perlu ada minimum baki RM20 macam akaun simpanan.

3. Masukkan modal bisnes dalam akaun semasa tersebut dan katakanlah RM3,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

4. Setiap kali mahu beli barang keperluan bisnes, pastikan resit simpan dan claim dari akaun bisnes ni.

Contoh modal beli barang untuk bisness RM150. Jadi pastikan resit disimpan dan RM150 tu dikeluarkan dalam akaun bisnes.

5. Hasil jualan atau pendapatan harian, masukkan dulu ke dalam akaun bisnes tu. Setkan masa tutup akaun pukul 4pm contohnya supaya sempat pergi ke bank untuk depositkan hasil harian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk hasil jualan selepas pukul 4 petang masuk dalam hasil esoknya.

6. Jika ada pekerja harian, lagi bagus setkan masa pukul berapa untuk bayar gaji secara online ke akaun pekerja.

Kenapa online transfer? Sebab senang mahu cek transaksi nanti mahu buat penyata untung rugi hujung tahun. Jika pembelian barang keperluan untuk jualan harian boleh bayar secara online lagi bagus sebab boleh rekodkan terus di transaksi online.

Advertisement. Scroll to continue reading.

7. Untuk kegunaan tuan punya bisnes, contoh mahu buat bayar yuran sekolah anak-anak, transfer sahaja dari akaun bisnes ke akaun peribadi dan tulis reference sebagai “ambilan”.

BACA: Kongsi 17 Petua Memasak, Wanita Dedah Cara Berguna Untuk Hasilkan Makanan Sedap

8. Sebarang kos untuk perniagaan seperti kos isi minyak dan parking pun boleh claim dari akaun bisnes. Kos ini akan dimasukkan ke dalam kos operasi di mana ditolak dari total pendapatan dan keuntungan bersih akan berkurangan. Kalau kos operasi masa mula-mula berniaga tinggi, kemungkinan tahun pertama tidak dikenakan cukai kerana keuntungan bersih tidak mencapai minimum yang dikenakan cukai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

9. Setiap tahun, bank statement download sahaja secara online untuk 12 bulan dan beri pada syarikat akauntan untuk buatkan penyata untung rugi. Ramai juga akauntan bebas boleh tanya kawan yang kenal. Iya ada bayaran juga dan boleh nego.

10. Declare income tax, kalau tidak pandai minta akauntan tu buatkan terus lepas siap penyata untung rugi tu.

Nanti akauntan akan tanyalah berkenaan dengan perkara yang membolehkan kau dapat pelepasan dan rebate cukai tahun itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

11. Jika ada dikenakan cukai, bayar terus jangan tangguh-tangguh.

*Resit isi minyak, beli barang dan lain-lain simpan dalam satu file. Lagi advance scan atau ambil gambar terus upload dalam Google Drive.

Kalau sudah 10 tahun bisnes tapi tidak pernah buat, mulakan saja sekarang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kalau step di atas tu tidak berapa tepat, tahun pertama tu nanti akauntan yang buat penyata untung rugi akan bagi nasihat untuk penambahbaikan kewangan bisnes juga.

Sumber: Paulina Henry/Facebook

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications