Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Ambulans Dalam Perjalanan Ambil Pesakit Terlibat Kemalangan


Ambulans terlibat kemalangan

Ambulans Dalam Perjalanan Ambil Pesakit Terlibat Kemalangan

SEREMBAN, 17 Nov (Bernama) — Sebuah ambulans yang dalam perjalanan mengambil pesakit di sebuah rumah, terlibat dalam kemalangan dengan kereta jenis Perodua Kancil dalam kejadian di KM 6.6 Jalan Pantai, Port Dickson dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata bagaimanapun, pemandu ambulans berusia 43 tahun bersama penolong pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan sebuah hospital itu tidak mengalami kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata pemandu kereta iaitu wanita berusia 48 tahun dan anak perempuannya, 10, pula mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Zon Hijau Hospital Port Dickson, manakala seorang lagi anak perempuannya berumur 7 tahun tidak cedera.

“Siasatan awal mendapati sebelum kemalangan, ambulans berkenaan mendapat panggilan kecemasan dan bergerak dari arah Hospital Port Dickson menghala ke Taman Megah Shellgate.

“Tiba di lokasi kejadian, kereta yang berada di lorong kanan hadapan ambulans secara tiba-tiba masuk ke simpang kanan sehingga ambulans terlanggar bahagian belakang kereta itu dan menyebabkan ia terbalik,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Aidi Sham berkata siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Beliau berkata orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan boleh berhubung dengan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson menerusi talian 06-6472222.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

The post Ambulans Dalam Perjalanan Ambil Pesakit Terlibat Kemalangan appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications