Hi, what are you looking for?

Sukan

AMD A juara Kejohanan Bola Sepak ICFL Kelantan B16


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PASUKAN Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari A (AMD A) menepati ramalan apabila menjuarai Kejohanan Bola Sepak Inter Club Football League (ICFL) Kelantan bawah 16 tahun (B16) peringkat kebangsaan 2022.

AMD A bergelar juara setelah menumpaskan pasukan Grey United A 1-0 pada aksi final yang berlangsung di Tanah Merah, Kelantan, manakala tempat ketiga menjadi milik AMD B selepas menewaskan Mutiara Soccer Allstar.

Presiden ICFL, Datuk Kamil Mokhtar berpuas hati dengan penganjuran kejohanan itu setelah mendapat kerjasama Grey United Football Club, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSNK).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Walaupun AMD A menjadi juara, namun saya bangga dengan semua pemain yang bertanding. Mereka telah buktikan bahawa mereka juga setaraf dan setanding dengan AMD A serta AMD B yang mereka jadikan idola selama ini.

“Saya sangat teruja dengan semangat pemain-pemain yang memberikan daya saing di luar jangkaan menentang AMD A dan AMD B sepanjang kejohanan ini,” katanya.

Selepas ini, Kejohanan Bola Sepak ICFL B16 akan diteruskan ke Zon Timur, Zon Utara dan Zon Tengah (Kuala Lumpur) dengen pemenang daripada empat zon itu akan dihantar bertanding di peringkat Asia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Kamil, pihaknya sentiasa menyokong sebarang program pembangunan bola sepak negara dan sedia membantu merealisasikan impian anak-anak muda menjadi pemain profesional.

“Itulah tujuan ICFL anjurkan banyak kejohanan di peringkat zon dan kebangsaan untuk memilih pemain yang berbakat. Dari sini akan lahirlah belia remaja yang ada keazaman untuk bergelar pemain bola sepak professional,” jelasnya.

Sementara itu, jurulatih AMD A, Mohd. Kuizwan Mohd. Johari gembira dengan kejayaan mereka kerana ini adalah kejohanan pertama disertai selepas dua tahun hanya berlatih sahaja disebabkan pandemik Covid-19.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ia satu pencapaian yang baik dan saya puji semangat juang mereka pada hari ini. Saya juga bangga kerana Daniel Huzeiry terpilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

“Terima kasih ICFL kerana mengadakan kejohanan yang sungguh berprestij ini. Saya harap program sebegini akan berterusan kerana ia perlu diperbanyakkan lagi di Malaysia bagi membantu pembangunan bola sepak negara,” katanya.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Ziarah PTPTN Prihatin telah mengunjungi waris Allahyarhamah...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SERDANG – Agrobank dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bagi menguruskan caruman takaful ahli...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ALOR GAJAH – “Tidak sampai lima minit hujan, pusaran angin menerbangkan bumbung bilik tengah, dapur dan bilik air,...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TANAH MERAH – Seorang warga emas mengalami kerugian kira-kira RM10,000 selepas gelang tangan dan rantai lehernya diragut semasa...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications