Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Ameera Khan dikecam, bangga tayang produk pro-Israel


PETALING JAYA – Pensohor media sosial yang juga adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan dikecam netizen kerana dengan bangga menayang serta mempromosikan produk kosmetik pro-Israel, Dior dalam Instagram miliknya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Ameera, gadis berusia 22 tahun itu mempamerkan koleksi terbaharu daripada Dior Beauty merangkumi beberapa alat solek seperti gincu bibir, pembayang mata, bedak serta minyak wangi.

“Blooming,” tulis Ameera.

Perkongsian Ameera itu sekali gus menyebabkan pengikutnya kecewa dengan tindakannya dan menganggap Ameera seolah-olah tidak peduli tentang isu yang berlaku di Palestin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, ada juga yang beranggapan Ameera tidak sensitif pada saat seluruh rakyat Malaysia mula melancarkan serangan memboikot produk yang ada kaitan dengan rejim Zionis tersebut.

“Sekarang bukan masanya. Tolong jadi sensitif sikit,” tegur seorang pengguna Instagram.

“Tolong berhenti menggunakan produk yang menyokong kekejaman Israel,” kata seorang lagi pengikutnya.

“Saya peminat awak Ameera. Tapi apa yang sudah awak lakukan? Dengan menyokong Israel,”kata seorang lagi pengikutnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, heboh dalam media sosial apabila model terkenal antarabangsa berdarah Palestin, Bella Hadid dipecat serta-merta sebagai duta bagi produk jenama mewah Dior kerana kelantangannya bersuara membela nasib penduduk Palestin.

Selepas dipecat, Dior  memperkenalkan duta terbaharu mereka, May Tager yang juga merupakan seorang model tidak terkenal kelahiran Israel.

Berita pemecatan model berusia 27 tahun itu yang tersebar luas menarik perhatian masyarakat seluruh dunia apabila orang ramai mula melancarkan kempen memboikot jenama tersebut dengan menggunakan tanda pagar #BoycottDior dalam media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jika kamu ingin ‘menghidu’ kematian, pakailah barangan Dior. #BoycottDior,” tulis seorang pengguna aplikasi X.

“Boikot Dior! Jenama itu telah menggantikan Bella Hadid yang memiliki 60 juta pengikut dalam media sosial, dengan seorang model Israel yang tidak dikenali,” tulis seorang lagi pengguna aplikasi X.

“Boikot Dior kerana jenama itu menyokong pembunuhan beramai-ramai di Gaza,” tulis seorang netizen. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan. Kata...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications