Hi, what are you looking for?

Lifestyle

Amir Jahari Kongsi Kisah Jadi Peminat Beto Kusyairi


Karya-karya lakonan dan lagu yang hebat dari pelakon dan penyayi versatil

Amir Jahari Kongsi Kisah Jadi Peminat Beto Kusyairi. Sebut sahaja nama pelakon, Beto Kusyairy pasti orang mengenalinya dengan lakonan yang hebat dan bijak menghayati setiap wataknya serta versatil. Itulah pujian yang sering dihujani dari peminat dalam media sosial.

Namun begitu, salah seorang peminat kepada Beto iaitu penyanyi, pemuzik dan penulis lagu, Amir Jahari meluahkan rasa syukurnya dapat menulis lagu bagi filem-filem yang dilakonkan oleh Beto.

Menerusi satu hantaran di akaun Twitter milik Amir Jahari atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah Jahari, dia berkongsikan kisahnya sebagai peminat kepada Beto.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kisahnya bermula disini..

Malah, dia menyatakan ketika mengeluarkan lagu pertamanya, ‘Tanpamu’, dia sangat gembira kerana ia menjadi salah satu runut bunyi untuk filem Beto, Istanbul Aku Datang.

“Nak cerita jodoh ni menarik. Aku memang minat lakonan abang ni. Masa 1st time lagu aku #Tanpamu jadi salah satu runut bunyi dalam Filem #IstanbulAkuDatang , dia ada berlakon.

“Masa tu pun aku dah excited, walaupun sikit je la lagu #Tanpamu tu dimainkan dalam filem tu,” ujarnya di laman Twitter.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas mencipta lagu berjudul ‘Hasrat’, penyanyi kelahiran Sarawak itu memberanikan diri melancarkan Servis Cipta Lagu untuk orang ramai yang ingin mengeluarkan ‘single’ mereka.

“Selepas aku buat lagu #Hasrat , aku beranikan diri untuk buat Servis Cipta Lagu. Ye la, waktu PKP, apa yang musician full time boleh buat nak cari duit? Servis ni aku buka untuk orang awam yang berminat nak keluarkan single, tapi tak de bajet besar. A long the way..,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, sebuah produksi telefilem telah meminta Amir mencipta Original soundtrack (OST) khas untuk telefilem tersebut. Amir sangat gembira apabila mengetahui pelakon kegemarannya, Beto, turut berada dalam telefilem itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ada satu produksi telefilem ni mintak aku buatkan OST memang khas untuk telefilem tu. Guest what? Abang ni berlakon jadi Hero. Since aku tak nak keluar menyanyi dah, jadi aku suggest sorang talent ni untuk nyanyikan lagu tu.

Amir terharu OST Hasrat digunakan dalam filem Imaginur

Apa yang lebih mengharukan, apabila dia melihat poster filem Imaginur di New York tahun lalu, dia menyedari Beto turut berada dalam filem itu. Penyanyi berusia 31 tahun itu lebih teruja menonton filem Imaginur berbanding mendengar lagunya sendiri Hasrat, yang menjadi OST filem tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagi aku it’s an honor dapat menulis lagu dalam karya lakonannya,” katanya gembira.

“Makasih abang Beto dan isteri datang untuk support Hasrat Music Showcase. Sebenarnya nak bagi tiket untuk semua team #Imaginur. Sekali dah beli. I truly appreciate it,” ujarnya kepada Beto yang turut hadir menyokong Hasrat Music Showcase.

Amir juga berharap semoga lebih banyak karya-karya lagunya digunakan dalam projek lakonan Beto pada masa akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca juga kisah yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini....

Mamak News

0 SPM: Berkat Doa Guru, Ibu Bapa Raih 11A+, 1A SUNGAI PETANI, 8 Jun (Bernama) — Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 negeri...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bantu ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications