Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Anak Bintang Perancis Ini Gembira Ayah Tak Dipanggil Ke Piala Dunia, “Ayah Ada Lebih Masa Dengan Kami”


Anak Bintang Perancis Ini Gembira Ayah Tak Dipanggil Ke Piala Dunia, “Ayah Ada Lebih Masa Dengan Kami”

Piala Dunia Qatar 2022 adalah pentas terbaik buat pemain ternama untuk membantu negara masing-masing muncul sebagai pasukan terbaik di dunia dalam tempoh empat tahun sekali.

Namun bagi setiap Piala Dunia, ada juga pemain bertaraf bintang yang tidak berpeluang memperagakan aksi masing-masing kerana pelbagai alasan sama ada disebabkan kecederaan atau kerana negara mereka tidak berada dalam kalangan 32 negara yang layak. Adakalanya, nama mereka tercicir atas alasan taktikal dan keperluan pasukan selain faktor sesuatu negara yang memiliki terlalu ramai pemaian berbakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara permain yang tidak terpilih ialah Lucas Digne, beliau adalah pemain bola sepak professional perancis yang bermain di bek kiri untuk kelab Liga Premier English (EPL), Aston Villa dan pasukan kebangsaan Perancis. Digne pernah memenangi piala dunia pada tahun 2013 bersama pasukan bawah 20 tahun Perancis dan membuat penampilan sulung antarabangsa pada Mac 2014. Beliau juga pernah mewakili Perancis di piala dunia 2014, UEFA Euro 2016 dan UEFA Euro 2020.

Namun untuk edisi kali ini, namanya tidak senarai walaupun beraksi baik bersama kelab untuk beberapa perlawanan terakhir. Hakikat itu sudah pasti mengecewakannya, namun ia diraikan oleh anak-anaknya pula.

Baru-baru ini, isteri Digne berkongsi satu video di media sosial yang menunjukkan anak-anaknya begitu gembira kerana ayah mereka tidak terpilih untuk menyertai Piala Dunia 2022 di Qatar. Dalam video itu, anak lelaki dan anak perempuan mereka dilihat menari kerana teruja dengan berita ayah mereka akan tinggal di rumah bersama mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit: ESPN FC

Menerusi video yang berdurasi 23 saat itu menunjukkan anak-anaknya menyanyi “ayah tinggal bersama kami’ dalam Bahasa Perancis, anak-anaknya melompat kegembiraan kerana ayah mereka akan tinggal bersama selama sebulan di rumah.

Digne, yang pernah bermain untuk beberapa kelab besar seperti Paris Saint-Germain dan Barcelona, mempunyai 46 penampilan bersama Les Blues.

Pemain berusia 29 tahun itu, yang menyertai Villa dari Everton dengan harga £25 juta pada Januari, pasti mempunyai harapan tinggi untuk bertahan, setelah berada dalam skuad untuk enam daripada lapan perlawanan Perancis tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Bayi Lima Bulan & Ibu Cedera Dihempap Pokok Ru Ketika Berkelah Di Tanjung Puteri

Sumber: ESPN FC via Youtube, Talksport, Bola.net

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement