Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Anak Farid, Diana tumbuk rakan sebab cakap perkataan kesat


PETALING JAYA – Anak sulung kepada pasangan selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil iaitu Muhammad, 11, menumbuk rakan sebaya kerana mengeluarkan kata-kata kesat.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata keadaan itu dicetuskan hanya kerana Muhammad enggan bermain dan membenarkan rakannya berkunjung ke rumah mereka.

“Anak saya menumbuk muka kawannya hari ini (semalam). Kanak-kanak itu memaki hamun anak saya kerana dia mahu datang, tetapi anak saya enggan dia datang ke rumah kami.

“Dah la nak paksa datang rumah, bila tak bagi dia maki-maki dengan sumpah seranah,” katanya menerusi perkongsian dalam platform X, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Begitupun, isteri kepada aktor dan pengarah, Farid Kamil tetap tidak menyokong tindakan Muhammad.

Namun, susulan insiden tersebut Diana yang juga ibu kepada dua cahaya mata enggan lagi membenarkan Muhammad berkawan dengan kanak-kanak berkenaan.

“Memang elok merasa sikit, biar ada adab. Bukan nak ‘back up’ anak pun, tapi padan muka.

“Akhir sekali, panggil mak suruh selesaikan tapi tak nak mengaku dia melakukan provokasi terhadap anak kita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita dah tak bagi anak kita kawan dengan dia,” ujarnya dalam ciapan berkenaan.

Dalam ruangan komen pula rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Muhammad yang cukup tegas.

“Anak lelaki awak buat perkara yang betul,” kata seorang netizen.

“Sejujurnya memang patut dia berbuat demikian, biar tahu adab sikit,” ujar pemilik akaun X lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, menerusi semakan Kosmo! Online mendapati ciapan tersebut telah dipadamkan.

Selain Muhammad, perkahwinan bintang filem Imaginur dengan Farid turut diserikan dengan seorang puteri, Nur Aurora, 9. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement